Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 19 MSL 2012 - Sarawak vs Selangor

Preview : Game 19 MSL 2012 - Sarawak vs Selangor

Written By saleehs gerrard on Friday, June 15, 2012 | 16:04

Selama sebulan kempen Liga Super diberhentikan, esok ia bersambung kembali setelah sekembalinya pemain-pemain kebangsaan kepangkuan pasukan negeri masing-masing. Hanya disebabkan perlawanan persahabatan antarabangsa, cuti yang kurang munasabah akan merencatkan kerancakkan kempen musim kali ini.

Esok juga skuad Selangor akan terbang ke Bumi Kenyalang untuk bertemu skuad bujang Senang Sarawak dalam melengkapkan jadual perlawanan ke 19 liga. Cuti rehat lama yang telah diperuntukkan sememangnya digunakan sebaik mungkin oleh jurulatih Irfan Bakti untu melansungkan perlawanan persahabatan walaupun tanpa beberapa pemain utama disisi.

Seperti biasa nak terlalu mengharapkan lebih, takut kecewa dikemudian hari. Prestasi Red Giant yang seperti yoyo sememangnya sukar untuk diramal keputusan esok samada mampu untuk membawa pulang 3 mata penuh ataupun pulang dengan tragis akibat direntap ganas sang buaya kelaparan. Harap Irfan dapat memberi amanat yang terbaik sebelum bermulanya perlawanan esok. Disamping pengalaman pemain yang mewakili negara ketika menentang Singapura tempohari juga dapat diguna pakai sebagai pelengkap ramuan kejayaan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger