Samaada sudah terasa hati ataupun ingin mencari angin baru, akhirnya Dirk Kuyt membawa diri juga ke kelab Turkey iaitu Fenerbahce pada hari Ahad lalu dengan klausa perpindahan €1 juta.
Sebenarnya sejak beberapa bulan lalu lagi Kuyt telah dikhabarkan akan berpindah walaupun ia hanya sekadar rumor. Pemain yang boleh kita sanjung sebagai lagenda Liverpool ini sewajarnya diberi penghormatan terbaik oleh peminat diatas usahanya terhadap pasukan semenjak dari zaman Rafael Benitez lagi. Pemain yang paling rajin dan tak pernah kenal erti letih sememangnya sukar untuk dicari ganti. Walaupun penampilan beliau di Anfield bukanlah sebagai pengempur yang berbisa, tetapi gerakan-gerakan beliau serta jaringan-jaringan disaat kecemasan membuatkan kita sedikit berasa sedih diatas pemergiannya.
Selepas ini, tiada lagi istilah KUNYIT di Anfield melainkan yang tinggal hanyalah LENGKUAS. Walauapapun, semoga Kuyt berjaya dan terus cemerlang di Fenerbahce dalam meniti usia emas beliau dalam kariernya.... Harap suatu hari nanti, beliau akan kembali semula Ke Anfield di musim terakhir sebelum beliau bersara di arena bolasepak sebagai pemain. Terima kasih segalanya.
Selamat jalan Mr. Duracell - DK18
Written By Unknown on Tuesday, June 5, 2012 | 02:18
Labels:
18. Liverpool,
News,
Transfer
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !