Awal pagi nanti, pasukan kegemaran no. 1 SG akan membuat penampilan kedua pada saingan peringkat kumpulan D EURO 2012 ini. Pasukan yang menanti skuad Three Lions ini sudah tentulah pasukan Sweden yang dikepalai oleh Zlatan Ibrahimović.
Awal pagi tadi skuad pilihan SG no.2 Sepanyol telah berjaya mengamuk untuk mengalahkan Ireland dengan keputusan 4-0 hasil jaringan Torres (2) David Silva dan Fabregas. Harapnya England dapat mengikut jejak pasukan Sepanyol ini. Tapi bila terkenangkan Roy Hodgson, emmmm.. sedikit gusarlah dengan tektikalnya yang kalau diharap sememangnya tak boleh harap.
Walaupun begitu, SG masih menaruh harapan tinggi kepada abang long Gerrard untuk mengemudi anak buahnya mencipta kejayaan. Harap malam ni, Carroll, Downing, Walcott dapat diturunkan seawal minit permainan. Kerana itu sajalah caranya untuk mengelakkan corak permainan buruk yang ditonjolkan pada perlawanan pertama lalu terjadi kembali.
SWEDEN vs ENGLAND
02:45 pagi - Sabtu
alamak macam same je..cuma kita no1 is spain n no 2 is England..favorite team ku:P
ReplyDelete