Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 9 MSL 2012 - Kedah VS Selangor

Preview : Game 9 MSL 2012 - Kedah VS Selangor

Written By saleehs gerrard on Thursday, March 1, 2012 | 22:02

Dua minggu segala pertandingan bola sepak tempatan direhatkan untuk memberi laluan kepada skuad Harimau Muda dan Olimpik melangsungkan jadual perlawanan masing2. Dua minggu juga Irfan diberi peluang untuk memperkemaskan lagi barisan2 pemain Selangor dalam memantapkan pasukan untuk meneruskan persaingan liga domestik. Walaupun ada beberapa barisan pemain Selangor yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan, tetapi ia bukanlah alasan mengapa Irfan tidak boleh mempersiapkan pasukan.

Dua minggu lalu, kita masih lagi terbayang dengan dua kemenangan berturut2 mengalahkan Kelantan dalam liga dan Shahzan Muda di Piala FA. Kemenangan yang amat manis apabila berjaya menghapuskan badi kekalahan terhadap Kelantan. Tetapi, itu sebenarnya masih belum cukup membuktikan pasukan Selangor sudah boleh mendabik dada. Perjalanan liga yang masih jauh, perlu digunakan sebaik mungkin oleh Irfan dalam mengejar kejayaan merangkul semula piala2 yang terlepas dari genggaman.

Sabtu ini Red Giants bakal berkunjung ke Alor Star untuk bertemu skuad Kenari dalam perlawanan ke 9 liga Super. Diatas kertas, pasukan Kedah bukanlah sebuah pasukan yang hebat ketika ini. Disebabkan masalah dalaman yang melanda, kemerosotan terus menghumban pasukan ini di tempat kedua dari dasar liga. Tetapi dalam bola sepak macam2 boleh berlaku. Tempoh 90 minit diatas padang sekiranya gagal dimanfaatkan sebaik mungkin akan membuatkan Selangor bakal pulang hampa. Pengalaman telah mengajar kita bahawa musim ini sahaja Selangor telah tewas 2 kali ditangan pasukan berstatus kelab yang kononya boleh diratah. Malangnya sikap terlalu yakin mengakibatkan Selangor tewas kepada Felda United dan PKNS FC.

Mungkin kita sudah merasa sedikit lega dengan kehadiran Balaban untuk menangani masalah ketumpulan penyerang sebelum ini. Kita akui juga kemunculan Balaban, prestasi pasukan Selangor nampak bertambah baik. Tetapi adakah disebabkan cuti dua minggu ini bakal membuatkan pemain2 kita yang tidak menyertai pasukan kebangsaan membuatkan kurang cergas. Ataupun kepenatan pemain2 yang baru pulang dari Filipina mewakili negara juga memainkan peranan. Apapun Irfan perlu bijak menangani masalah ini demi mencipta kejayaan berterusan dalam misi mengejar kelompok pasukan teratas liga. Semoga Red Giants tiada masalah untuk membenam Kenari dibumi Darul Aman.. VIVA Selangor.


Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger