Headlines News :
.
Home » , » Game 26 BPL 11/12 - Liverpool 1-2 Arsenal

Game 26 BPL 11/12 - Liverpool 1-2 Arsenal

Written By Unknown on Sunday, March 4, 2012 | 03:07

Liverpool sekali lagi gagal memanfaatkan peluang yang terhidang didepan mata apabila tewas buat kali pertama di Anfield pada musim ini ditangan Arsenal 1-2. Disaat ketiadaan abang long Gerrard yang tercedera, Liverpool masih lagi mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan ini. Malangnya badi tiang dan kecekapan penjaga gol Arsenal memusnahkan harap kita.

Dirk Kuyt gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberi apabila sepakan beliau berjaya ditepis oleh Szczesny dan begitu juga sepakan susulan dari bola muntah tersebut. Liverpool mendapat sepakan penalti ini, setelah pengadil secara kasarnya melihat Szczesny menjatuhkan Suarez. Tetapi apabila dilihat semula melalui ulang tayang, sebenarnya tiada sebarang sentuhan pun berlaku antara mereka berdua. Mungkin jaringan penalti tak gol disebabkan bola haram hasil lakonan Suarez. hehehe.


Tetapi betapa susah payahnya penjaga gol Arsenal ini menjaga gawangnya, dengan mudah pula Koscielny untuk menyepak masuk kedalam gawang sendiri untuk memberi gol pertama Liverpool pada perlawanan ini. Terima kasih diucapkan. Tetapi kegagalan Carragher untuk mengekang pergerakan Van Persie, akhirnya hantaran lintang Sagna singah tepat ke kepala beliau untuk mudah menanduk masuk menewaskan Reina.

Separuh masa kedua, perlawanan terus didominasikan oleh Liverpool. Serangan bertali arus serta sefangan kilat berjaya dilakukan tetapi malangnya sperti yang dikatakan tadi penyudah yang tiada. Suarez harus dipuji pada perlawanan tadi. Jika sebelum ini beliau sering hilang punca, tetapi kini beliau telah berjaya beberapa kali memperdayakan kepungan pemain pertahan Arsenal. Masa tambahan 8 minit sememangnya dimanfaatkan oleh Arsenal. 8 minit ditambah akibat perlawanan diberhentikan kerana Arteta yang tercedera dan tidak sedarkan diri. Perangkap offside yang tidak menjadi membuatkan bola yang dihantar kepada Van Persie, terus disepak padu untuk menewaskan Reina yang membawa kepada gol kemenangan Arsenal. Bukan rezeki milik Liverpool. Itu sahaja yang mampu diungkapkan.


Kesimpulannya, walaupun kalah SG tetap berpuas hati kerana pemain2 kita berjaya menguasai permainan dengan baik sekali. kita berbangga apabila berjaya untuk tidak membenarkan Arsenal mengutip sebarang sepakan sudut pada perlawanan ini. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati kerana Bellamy dan Carroll hanya dimasukkan pada minit2 terakhir. Bagi SG tidak semestinya memasukkan pemain SUB ketika kesebelasan utama sedang menemui sentuhan yang menyakinkan akan menambahkan lagi sengat. Adakalanya ia juga boleh membuatkan permainan menjadi terencat akibat perubahan posisi pemain. So penyokong Liverpool, jangan marah2. Kita kena terima kekalahan ini dengan hati terbuka.

Khas kepada penyokong2 yang mudah melatah " JIKA TIDAK MAMPU MENYOKONG KETIKA KALAH, JANGAN BERSORAK KETIKA MENANG" Fikir2kanlah.. (moto yang dicilok dari T.I.R.F)


p/s: Orang kat kedai mamak tempat SG lepak tadi ada yang pelik tengok SG yang berjersi Liverpool dan kawan (Noty Cendol) yang berjersi Arsenal boleh bersandar bahu dan berdakap2 ketika perlawanan berlangsung. Bagi SG hubungan dengan geng2 Arsenal ni dah biasa macam ni, kerana kami antara peminat yang profesional. So geng2 MUnyet x ley masyuk punye dengan cara kami. Itulah nikmatnya apabila jarang mendapat piala. Kita akan bersedia menerima apa jua keputusan perlawanan membabitkan pasukan kesayangan. Bola adalah bola, tetapi kawan tidak boleh dipisahkan. Adatlah kutuk mengutuk. berani buat berani ler tanggungkan. YNWA...

Scoring Summary

Liverpool Arsenal
Dirk Kuyt (pen miss 19')Robin Van Persie (31')
Laurent Koscielny (og 23')Robin Van Persie (90')

Match Stats

Liverpool                              Arsenal
12(4) Shots (on Goal) 10(7)
10 Fouls 10
12 Corner Kicks 0
6 Offsides 1
54% Time of Possession 46%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
5 Saves 4

Teams

Liverpool Arsenal
25 Pepe Reina13 Wojciech Szczฤ™sny
37 Martin SkrtelThomas Vermaelen
23 Jamie CarragherLaurent Koscielny
Josรฉ Enrique28 Kieran Gibbs
34 Martin KellyBacary Sagna
26 Charlie AdamMikel Arteta
20 Jay Spearing17 Alex Song
19 Stewart Downing10 Robin Van Persie
14 Jordan HendersonTomas Rosicky
Luis Suรกrez30 Yossi Benayoun
18 Dirk Kuyt14 Theo Walcott
Substitutes
39 Craig BellamyAbou Diaby 2
38 John FlanaganLukasz Fabianski 21
11 Maxi RodrรญguezMarouane Chamakh 29
32 DoniGervinho 27
Andrew CarrollAlex Oxlade-Chamberlain 15
33 Jonjo ShelveyCarl Jenkinson 25
16 Sebastiรกn CoatesIgnasi Miquel 49
Substitutions
Craig Bellamy for Stewart Downing (88)Abou Diaby for Mikel Arteta (53)
Andrew Carroll for Jay Spearing (90)Gervinho for Yossi Benayoun (74)
Alex Oxlade-Chamberlain for Abou Diaby (81)
Yellow Cards
Thomas Vermaelen (64)
· Squads: Liverpool | Arsenal

Share this article :

3 comments:

  1. 1.aku sebagai fan Arsenal memang tabik dengan permainan cun Liverpool malam tadi.Seriously.
    2.aku respek sebab anda berani admit yang Suarez berlakon jatuh.
    3.Adik aku die hard fan Liverpool,tapi bila ada match macam ni kitorang professional.Apa salahnya mengaku kekurangan kelab kita dan memuji pihak lawan yang bermain lebih baik.Macam match pertama 2011/2012,Liverpool 2-0 Arsenal sebab Arsenal memang main teruk masa tu.
    Sorry to say kepada peminat MU kalu terbaca,most of them sangat x pro dan cepat butthurt.

    ReplyDelete
  2. bla kunyit x score utk penalti, mmg da bleh agk, tamat game samada seri or kalah..

    ReplyDelete
  3. bila tgk line up ada charragher dah tau kalah...cuma sedap sedapkan hati jer mungkin menang kot... bkn tak mengenang jasa carragher, tapi biasanya stail main mcm Arsenal ni bukan makanan carragher ler aku rasa....

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger