Headlines News :
Home » , » Game 27 BPL 11/12 - Sunderland 1-0 Liverpool

Game 27 BPL 11/12 - Sunderland 1-0 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Monday, March 12, 2012 | 02:53

Menguasai perlawanan, tetapi tetap juga kalah. Penyakit lama terus menjadi barah dalam pasukan. Ketumpulan bahagian serangan untuk menembusi pintu gol pasukan Sunderland membuatkan Liverpool terus mengigit jari apabila tewas 1-0 di Stadium Of Light. Bekas pemain Arsenal Nicklas Bendtner menjadi pemusnah pada minit ke 56 untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Suarez semakin lama semakin menghampakan. Mungkin hatinya sudah beralih ke Perancis untuk skuad PSG. Bellamy juga gagal meneruskan kecemerlangannya. Jika kekalahan kepada Arsenal minggu lalu banyak berpunca dari Carragher, minggu ini Dalglish segera menukar posisi itu untuk diberi penghormatan kepada Sebastian Coates untuk mengalasnya. Satu perubahan yang amat dialu2kan  untuk persediaan jangka masa panjang.

Apa guna menguasai permainan dan bermain cantik tetapi terus gagal memanfaatkan peluang yang ada. Seperti yang diperkatakan, SG sememangnya menghormati kebolehan Martin O'neill dalam mengendalikan sesebuah pasukan. Pernah terdetik didalam hati ini ketika pemecatan terhadap Rafa Banitez berlaku, nama O'neill menjadi sebutan untuk berada di Anfield sebelum diberi kepada Roy Hodgson. Kesilapan kecil yang telah dilakukan oleh pemain2 Liverpool mudah dihukum untuk kita terus jauh ketinggalan dari kelompok 4.

Berbaki 11 perlawanan, Liverpool sebenarnya sudhh boleh melupakan aksi di liga juara2 Eropah apabila terus jauh ketinggalan dengan perbezaan 10 mata dengan pasukan Arsenal dan Chelsea ditangga ke-4 dan 5 liga. Terlalu mustahil Liverpool akan berjaya memperolehi 33 mata maksimum dalam perlawanan berikutnya sambil mengharapkan Chelsea dan Arsenal kerap tumbang. Dipendekkan cerita, tutup buku Champion League tumpukan hanya pada piala FA yang ketika ini kita berada peringkat suku akhir. Itu saja yang terbaik bagi pasukan untuk penghujung musim ini.

p/s: Adakah SG dah kecewa ataupun mengaku kalah sebelum bertempur. Mungkin tidak. Biar kita bersikap tidak terlalu mengharap pada sisa2 perjuangan yang 5% boleh digapai. Baik kita kejar sesuatu yang 100% pasti boleh diperolehi dalam piala FA dari mengejar sesuatu yang masih samar2. Apapaun terjadi Liverpool tetap dihati.. YNWA.

Scoring Summary

Sunderland Liverpool
Nicklas Bendtner (56') 

Match Stats

Sunderland                         Liverpool
7(2) Shots (on Goal) 10(3)
13 Fouls 16
3 Corner Kicks 2
1 Offsides 0
38% Time of Possession 62%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
3 Saves 1

Teams

Sunderland Liverpool
22 Simon Mignolet25 Pepe Reina
Michael Turner16 Sebastián Coates
16 John O'Shea37 Martin Skrtel
Wayne BridgeJosé Enrique
Phillip Bardsley34 Martin Kelly
14 Jack Colback20 Jay Spearing
Craig Gardner26 Charlie Adam
23 James McClean14 Jordan Henderson
Sebastian Larsson39 Craig Bellamy
Fraizer CampbellLuis Suárez
52 Nicklas Bendtner18 Dirk Kuyt
Substitutes
Craig GordonSteven Gerrard 8
12 Matthew KilgallonJamie Carragher 23
25 Sotirios KyrgiakosStewart Downing 19
18 David MeylerJohn Flanagan 38
10 Connor WickhamMaxi Rodríguez 11
15 David VaughanDoni 32
27 Ahmed ElmohamadyAndrew Carroll 9
Substitutions
David Vaughan for Fraizer Campbell (75)Steven Gerrard for Craig Bellamy (69)
Connor Wickham for Nicklas Bendtner (84)Andrew Carroll for Charlie Adam (69)
 Stewart Downing for Jordan Henderson (80)
Yellow Cards
James McClean (42)Martin Skrtel (81)
· Squads: Sunderland | Liverpool

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger