Sudah dua bulan Selangor terpaksa menumpang kasih di stadium orang. Walaupun SBNJ ini bukanlah asing bagi penyokong2 Selangor, tetapi kemeriahannya lebih terasa apabila berada dihalaman sendiri. Bagi SG memang kurang berminat nak pergi SBNJ ni. dengan keadaan tempat duduk yang kurang selesa, lagi kawasan stadium yang tertutup membuat rasa sesak nafas pula. Kalau sekali sekala ada perlawanan tu ok jugalah nak pergi, lagi2 perlawanan akhir. Barulah terasa macam Wembley Malaysia. Kalau nak datang kerap, mungkin tak ler.
Mengikut perancangannya stadium Shah Alam ini akan dibuka semula pada bulan april nanti. Pasukan pelawat yang bakal merasmikan rumput baru dan keadaan stadium yang selesa bersama pasukan Selangor sudah tentulah pasukan Terengganu. Pertembungan dalam perlawanan ke-12 Liga Super ini akan berlangsung pada 7 april 2012. Diharap selepas menaik taraf stadium Shah Alam ini, tuah yang lebih baik terus bersama pasukan Selangor pada musim ini setanding dengan dana yang telah dilaburkan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !