Headlines News :
.
Home » , , , , , » Selangor dan Liverpool - bersama selamanya

Selangor dan Liverpool - bersama selamanya

Written By Unknown on Monday, March 12, 2012 | 05:53

Apa sudah jadi dengan kedua2 pasukan kesayangan SG ni. Semenjak musim lalu hinggalah sekarang, nasib hampir sama sahaja antara Selangor dan Liverpool ni. Musim lalu kedua2 pasukan ni langsung tiada apa2 piala yang berjaya dijulang untuk dibanggakan. Walaubagaimanapun musim ini nampak kebangkitan dalam skuad Liverpool dimana telah pun berjaya menjulang piala cikai iaitu piala Carling. Tak kisahlah cikai ke apa, yang penting ada ler juga. Selangor? masih tak nampak bayang apa piala yang bakal didakap pada musim ini.

Sejak musim lalu, kedua2 pasukan ini mempunyai masalah dalaman yang melanda. Walaupun ia telah berjaya diselesaikan tetapi ia masih lagi belum menampakkan sesuatu yang banyak untuk dibanggakan. Yang terbaru, kegagalan Selangor untuk mara ke pusingan suku akhir piala FA membuatkan SG dan warga Selangor kecewa. Pada hari yang sama juga Liverpool terus menerima badi kekalahan yang kedua berturut2 dalam seminggu kepada Sunderland selepas Arsenal pada minggu lalu.

Mengikut statistik yang SG telah lakukan kepada kedua2 pasukan ini, SG dapati setiap kali kedua2 pasukan ini bermain pada hari yang sama atau berselang sehari, pasti nasib mereka sama.  mari kita tengok beberapa keputusan perlawanan pada tahun 2012 ini yang SG maksudkan :
Setengah pendapat yang anti kedua2 pasukan ini menyatakan bahawa kedua2 pasukan ini hanyalah gah pada sejarah.  SG tak kisah pun apa yang mereka katakan. Lagi pun sememangnya SG sayangkan kedua2 pasukan ini berdasarkan sejarah dan legendanya. Itu sebabnya walauapapun terjadi kat kedua2 pasukan nu, SG masih setia dulu, kini dan selamanya. Walaupun dahagakan kejuaraan, SG masih maintain susah senang bersama pasukan. Setengah orang suka kelab itu sebab tengah tip top jer, tapi bila jatuh mula berpaling tadah ke pasukan lain. Setakat suka bila senang je bukanlah penyokong setia namanya tu. Biasalah sikap begitu akan terjadi pada mereka2 yang tak boleh terima kenyataan pasukannya jatuh.

Bersama anak saudara (Amirul) teman bergaduh pasal bola di Kampung Morten, Melaka.

p/s: Buat pertama kalinya semalam SG tak dapat nak tengok game Liverpool untuk musim ni. Begitu juga game Selangor walaupun ada siaran tertunda, tapi tak dapat juga nak tengok. Bukan tak sanggup nak tengok, tapi semalam SG dan kakak SJ sekeluarga bercuti di bumi Hang Tuah selama dua hari. Homestay yang kami sewa hanya ada decorder dan kuali Astro je, sim kad tak de. Broadband pula, line Celcom macam cipan dan tak dapat nak layan streaming. Jawapannya malam minggu merayau je bersantai bersama keluarga.

Walaupun kalah, SG masih steady menggayakan jersi Liverpool
Nanti SG nak bawak kapal selam ni, nak serang musuh2 Liverpool. muahahhaha
Share this article :

2 comments:

  1. oit apsal g melaka x ckp? kalu x leh dpt homestay free je.. rugi2

    ReplyDelete
  2. lor.. camner ler aku ley lupa kat ko anies... btl gakkan ko ada homestay.. adoiiii... x per, lain kali2 aku calling2 ko yer kalau nak gi sana lagi. hehehhehhe

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger