Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 10 MSL 2012 - Selangor vs Kuala Lumpur

Preview : Game 10 MSL 2012 - Selangor vs Kuala Lumpur

Written By saleehs gerrard on Friday, March 16, 2012 | 16:37

Buat pertama kalinya Irfan Bakti telah mengaku bahawa beliau sudah mula terasa bahang kepanasan mengendalikan pasukan penuh tradisi Red Giants. Beliau menyatakan bahawa tidak pernah merasa tekanan yang terlalu berat untuk dipikul semenjak bergelar jurulatih di mana2 pasukan. Pengalamannya di Telekom Melaka, Perlis dan Terengganu sebelum ini, tidak sehebat dirasakan seperti mengendali pasukan Selangor sekarang.

Menjelang pertemuan dengan musuh setempat Kuala Lumpur esok, sekali lagi Irfan akan bertungkus lumus mempersiapkan pasukan Merah Kuning bagi memastikan minggu2 kejatuhan tidak akan berterusan. Selepas mengalami kekalahan kepada Kedah di perlawanan ke-9 Liga, Selangor diaibkan pula oleh Johor FC dalam cabaran piala FA minggu lalu. Tiada apa yang diharapkan oleh semua warga Selangor FA dan peminat melainkan hanya kemenangan pada pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Adakah malam esok Irfan sekali lagi akan menurunkan penjaga gol yang telah mengecewakan beliau pada saingan Piala FA. Norazlan Razali nama yang pasti membuatkan penyokong Selangor terkilan akan aksinya minggu lalu. Mungkinkah Jeevanathan akan diberi kepercayaan semula untuk mengalas cabaran setelah hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sebelum ini. Apapun kita sebagai penyokong sudah pastinya mengharapkan sesuatu yang terbaik pada malam esok bagi memastikan 3 mata diperolehi sebelum kunjungan ke Singapura Selasa nanti.

p/s: Bila tengok rekod prestasi, setiap kali Selangor jumpa kelab bawahan, pasti kecundang. Mintak2 badi ni tak berterusan malam esok. Boleh Selangor Boleh.......
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger