Headlines News :
Home » , » Game 9 MSL 2012 - Kedah 1-0 Selangor

Game 9 MSL 2012 - Kedah 1-0 Selangor

Written By saleehs gerrard on Sunday, March 4, 2012 | 02:13

Seperi yang SG risaukan sebelum ini, benar2 menjadi kenyataan pada perlawanan malam tadi. Red Giants tersungkut dimamah sang Kenari di Alor Star. Itulah dilema yang melanda pasukan Selangor, gagal menggunakan kesempatan ketika bertemu pasukan yang lemah.

SG nak komen lebih2 pasal perlawanan ini pun tak boleh. Ye lah bukan ada siaran langsung pun. Tetapi mengikut sumber2 yang boleh dipercayai, Selangor terpaksa bermain 10 orang setelah Ramez Dayoub dilayangkan kad merah. Hadiah kad ini diberi setelah Ramez tertampan bola dengan tangan dikawasan kotak penalti. Nasib yang baiknya, sepakan penalti tersebut gagal disempurnakan oleh Badrul Bakhtiar dimana bola sepakannya terkena tiang.

Bermain dengan 10 pemain, sudah pastinya kudrat terpaksa dikeluarkan dengan tahap maksimum. Mungkin tuah kemenangan sememangnya milik pasukan Kedah. Mereka sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti. Kali ini Safi Abdel Fatah berjaya menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke 83 untuk gol tunggal perlawanan.

Apapun, kalah hari ini bukan bermakna akan kalah selamanya. Kita hanya berdoa dan tunggu waktu ketikanya Selangor akan bangkit jua kembali. VIVA Selangor...
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger