Persediaan kelab2 bolasepak Eropah sedikit terjejas akibat jadual perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada hari Selasa dan Rabu lalu. Hasil pertembungan perlawanan antarabangsa tersebut dengarnya ramai pemain2 yang pulang ke kem kelab masing2 dengan kecederaan. Keadaan ini juga sebenarnya yang telah melanda kapten pasukan Liverpool Steven Gerrard yang tercedera sebelum dikeluarkan tidak sampai 30 minit bermain untuk England. Tetapi khabar terbaru, menyatakan kecederaan itu tidak serius dan berkemungkinan Kapten ini akan diturunkan walaupun tidak sepenuh masa.
Selain Gerrard, Agger juga diMCkan selama sebulan akibat keretakkan tulang rusuknya. Seperti yang sedia maklum, Agger dapat penyakit ni ketika pertembungan akhir piala Carling lagi sebelum beliau digantikan oleh Carragher pada perlawanan tersebut. Di pihak Arsenal pula, dengar cerita Robin Van Persie dan Thomas Varmaelen terpaksa juga diketepikan akibat kecederaan yang diperolehi dari aksi antarabangsa. Tetapi bukan mereka berdua sahaja, malah ramai lagi pemain2 mereka yang sedang dalam proses pemulihan.
Sekiranya benarlah keadaan ni sedang melanda pasukan meriam buluh ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi kelebihan kepada Liverpool selain tuah bermain dihalaman sendiri. Tetapi corak permainan pemain2 Wenger ini tidaklah semudah yang disangka. Walaupun mereka menurunkan pemain2 tadika, mereka tetap mempamerkan aksi melawan yang menakjubkan. Lihat sahaja ketika perlawanan menentang Tottenham tempohari, bagaimana dari ketinggalan 0-2, mereka boleh bangkit sebelum membelasah dengan keputusan 5-2. Sekiranya pemain2 Liverpool lalai dan terus berhoney moon dengan kejuaraan piala Carling tempoh hari, sudah pasti rekod bersih di Anfield bakal musnah.
Kita lupakan rekod kemenangan 1-2 0-2 di Emirate awal musim ini. Rekod tidak menjamin sebarang erti jika masing2 tidak mempertahankannya. Semoga segala kekurangan yang melanda pasukan meriam ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Liverpool untuk terus mengejar kedudukan 4 yang kini diduduki oleh Arsenal dengan perbezaan 7 mata dengan Liverpool. Harap semua berjalan lancar dan Liverpool mendapat 3 mata penuh malam nanti. Tak perlu menang banyak2, 1-0 atau 2-1 pun dah ok janji menang. Tapi kalau dah rezeki nak kenduri gol apa salahnyakan. YNWA....
p/s: Mintak2 Gunners tersalah beli karbaid yang dah expired. Jadi tak bolehlah meriam tu meletup kuat. Paling tidak pun meletupkan diri sendiri.. terbaik.. hehehehe...
Siaran Langsung dari Anfield
Channel : ASTRO ESPN (812)
: ESPN HD (832)
Live Streaming : LINK1 LINK2 LINK3 LINK4 LINK5 LINK6 LINK7
Date : Saturday - 3 Mac 2012
Kick Off : 08:45 pm (Malaysia Time)
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !