Apalagi yang perlu diperkatakan. Menentang Johor FC yang bermain 10 orang seawal minit ke 17 gagal digunakan sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan. Mendahului 2-0 melalui jaringan Azidan Sarudin pada minit ke 30 dan Asrarudin Putra minit ke 55, Selangor hilang punca untuk mudah disamakan melalui jaringan Fauzi Shaari dan Henrique. Seperti biasa penalti adalah penentuan nasib yang sukar diterima oleh pasukan Selangor. Malah ada juga pendapat mengatakan, daripada mengambil penalti, lebih baik melambung duit syiling sahaja akibat sukar menerima kenyataan.
Kita lupakan pasal sepakan penalti tersebut. Yang penting dimana silapnya aksi pemain2 Selangor dalam masa permainan sebenar. Jika musim lepas kita menyalahkan K. Devan akibat kemerosotan prestasi Selangor, tetapi kini K. Devan melalui pemain2nya di Johor FC telah membuktikan bahawa pemain2 Selangor sebenarnya yang bermasalah. Jelas dan telah terbukti, Irfan Bakti tidak boleh disalahkan akibat merundumnya pasukan Selangor musim ini. Pemain2 Selangor perlu belajar dari kesilapan bahawa mereka perlu buang sikap angkuh dan mendabik dada kerana berada dalam skuad elit. Sekiranya sikap ini masih terus berada dalam diri mereka. Bukan sahaja Irfan Bakti, kalau diletakkan Jose Mourinho sekali pun, Selangor tetap tergolek akibat prestasi hambar pemain2 ini.
Apapun, Irfan perlu mengkaji semula kesebelasan Selangor ketika ini. Mungkin ada antara mereka pemain2 lama yang mula menjadi duri dalam daging dalam pasukan. Rombakan perlu dilakukan bagi memastikan pemain2 yang bermasalah direhatkan sahaja dibangku simpanan untuk memberi pengajaran kepada mereka. Mereka perlu fikir, mereka dibayar gaji untuk memberi prestasi serta pulangan yang baik kepada pasukan dan bukannya menjahanamkan. Semoga pemain2 Selangor dapat mengambil ikhtibar dengan kesilapan ini. Viva Selangor.
Video gol mudah dari kesilapan bodoh penjaga gol.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !