Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 27 BPL 11/12 - Sunderland vs Liverpool

Preview : Game 27 BPL 11/12 - Sunderland vs Liverpool

Written By Unknown on Saturday, March 10, 2012 | 01:10

Selepas seminggu dikecewakan oleh pasukan Arsenal dihalaman sendiri, malam ini Liverpool kembali menyambung sisa2 perjuangan yang tinggal untuk mengejar kelompok empat terbaik liga. Mengharungi perlawanan ke 27 liga, Liverpool akan bertandang ke Stadium Of Light untuk bertemu bekas majikan Henderson iaitu Sunderland ataupun The Black Cat.

Masih ingatkah lagi prestasi Liverpool ketika menentang Sunderland pada perlawanan pembukaan liga pada awal musim ini. Mungkin kita boleh menganggap pada perlawanan tersebut yang berkesudahan dengan 1-1 sebagai sesi pemanas enjin diesel. Perlawanan yang sepatutnya kita menang, tetapi dihampakan oleh sepakan gunting Sebastian Larsson disamping sepakan penalti yang diambil oleh Suarez menghala ke bulan. Tapi itu cerita lama. Cerita zaman pengurus Steve Bruce.


Kini cerita pengurus baru yang amat berkebolehan membina pasukan mantap dengan modal yang rendah perlu diberi perhatian. Siapa lagi kalau bukan bekas pengurus Aston Villa, Martin O'neill yang telah mengisi kekosongan jawatan di Sunderland setelah Steve Bruce dipecat. O'neill pengurus yang berbakat seperti Wenger telah berjaya mencungkil beberapa bintang yang amat bersinar ketika ini. Pengalamannya di Celtic dan Leicester sebelum ke Aston Villa telah menjadikan nama2 besar mula muncul seperti Gareth Barry, James Milner, Stewart Downing dan Ashley Young untuk pasukan England. Jadi kita tidak hairanlah sekiranya beliau akan berjaya juga menjadi penyelamat pasukan Sunderland yang pada suatu ketika menghuni di tangga ke 17 liga.


Persoalannya, mampukah pemain2 Liverpool melupakan kekalahan kepada Arsenal minggu lalu untuk mencipta kemenangan pada malam nanti. Perkhabaran dari Melwood, Steven Gerrard dan Glen Johnson telah mula turun padang untuk kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan. Tetapi adakah Dalglish ingin mengambil risiko tinggi untuk menurunkan mereka berdua disaat tahap kecergasan mereka belum 100% pulih. Mungkin terpaksa juga menggunakan kesemua pemain2 utama yang berjuang ketika menentang Arsenal minggu lalu. Lagipun mereka semua bermain cantik pada perlawanan tersebut hanya disebabkan kelalaian mengekang Van Persie, kita dihukum dibumi sendiri.

Walauapapun terjadi, malam ini Liverpool mesti menang. Hanya kemenangan sahaja mampu merapatkan mata pada pasukan2 diatas. Sampai bilakah kita hanya mengharapkan kekalahan pada pasukan2 di atas liga untuk mendapat ruang memintas sekiranya kita sendiri tidak mahu mencapai kemenangan. Jika gagal malam ini, dengan berbaki 11 perlawanan, kita boleh ibaratkan Liverpool cukup sekadar untuk bertanding di piala Eropah sahaja disamping meneruskan misi piala FA. Harap jangan terlalu mengharap. Takut termakan diri.


p/s: pada pandangan SG, sekiranya prestasi seperti menentang Arsenal berulang, Liverpool bakal pulang dengan kemenangan 2-0 di Stadium Of Light malam nanti.

Siaran Langsung di:
Channel : ASTRO ESPN (812)
              : ASTRO ESPN HD (832)
Live Streaming : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6
Date : Saturday - 10 March 2012
Kick Off : 23:00pm (Malaysia Time)

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger