Headlines News :
Home » , , » Liverpool FC - Selamat hari jadi ke 120

Liverpool FC - Selamat hari jadi ke 120

Written By saleehs gerrard on Thursday, March 15, 2012 | 03:44

Hari ni bersamaan 15 Mac 2012, genaplah usia Liverpool FC 120 tahun. Kalaulah umur ini umur pada seseorang, sudah pastinya orang itu sudah tiada. Paling tidak pun, dah terlantar diatas katil tanpa mampu berbuat apa2. Nasib baik ia usia sebuah kelab yang penuh tradisi dan lagenda untuk dibanggakan oleh peminatnya. Walaupun bertukar tangan pemilik dan pengurusan, Liverpool FC terus utuh menjadi antara pasukan terkuat dan terbaik di England ataupun Eropah mahupun di dunia.

Menyingkap kisah awal penubuhan kelab kesayangan SG ini, 15 Mac 1892 adalah tarikh kelahiran a.k.a penubuhan Liverpool FC. Ia bermula apabila pemilik Anfield ketika itu John Houlding telah berjaya menubuhkan pasukan bolasepak sendiri selepas berlaku pertelingkahan dengan Everton F.C yang sebelum ini menyewa padang di Anfield. Dalam tahun 1891 John Houlding membeli tanah bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah berpindah ke Goodison Park.

Pasukan ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John McKenna dilantik menjadi Pengarah mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. John Houlding memilih nama Liverpool untuk kelabnya. Pada tahun 1894, Liverpool dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

Permohonan Liverpool menyertai Liga Bola Sepak Inggeris pada mulanya ditolak. Liverpool menyertai Liga Lancashire, dan dalam permainan pertama mengalahkan Higher Walton 8-0 di Anfield. Gol pertama Liverpool dalam perlawanan kompetitif disumbat Malcolm McVean. Dalam musim pertama Liga Lancashire, Liverpool muncul juara. Liverpool juga mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup, pertama kali kedua pasukan bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas kejayaan dalam liga Lancashire, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola Sepak Inggeris Divisyen 2.

Malcolm McVean menjaring gol pertama perlawanan Liga bila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan pertama Liga, dan mengulangi pencapaian itu dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.

John Houlding


John Houlding adalah pemilik sebuah kilang membuat bir dan menjadi kaya setelah perniagaan berjaya, membolehkan beliau hidup selesa. Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Liverpool.

Jika kita memahami sejarah penubuhan Liverpool, mungkin kita beranggapan bahawa John Houlding ini adalah insan yang kejam lagi tamak. Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Ini membuatkan pemegang saham Everton naik berang dan menuduh John Houlding hanya mengaut untung dari kejayaan mereka. Akhirnya Everton telah keluar dan membeli padang baru di Goodison Park.

Disini kita membuat kesimpulan, dalam perniagaan apa2 pun boleh terjadi. Ada baiknya John Houlding ni bersikap kedekut, kalau tidak adakah SG kini sedang menyokong Everton FC. Renung2kanlah....


Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger