Awal pagi esok sekali lagi akan berlaku pertembungan adik abang merangkap musuh setempat diantara Liverpool dan Everton. Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 26 Februari lalu, terpaksa ditunda ke hari esok akibat memberi laluan untuk perlawanan akhir Carling Cup diantara Liverpool menentang Cardif. "The Merseyside Derby" kembali menjadi bualan hangat peminat sekitar wilayah Merseyside. Siapa yang menang, sudah tentulah bakal diiktiraf juara Merseyside.
Berpandukan aksi2 perlawanan lalu, pertembungan kedua2 pasukan ini sudah pastinya akan dihidangkan dengan aksi2 panas lagi ganas. Jika tiada layangan kad merah pun sudah pastinya pemain2 akan dihujani kad kuning. Kontroversi antara kedua2 pemain berlainan pasukan diatas padang sering terjadi. Pertemuan pertama pada musim ini telah pun berlangsung di Goodison Park dimana Liverpool berjaya memperolehi kemenangan 0-2 melalui jaringan Andy Carroll dan Luis Suarez. Perlawanan yang menyaksikan Jack Rodwell dilayangkan kad merah seawal minit ke 23 dan Dirk kuyt pula gagal untuk menjaringkan gol dalam sepakan penaltinya.
Rekod pertemuan lampau kedua2 pasukan ini menunjukkan kedua2 pasukan ini sama2 hebat. Ini terbukti kerana gol2 yang terhasil samaada Liverpool kalah atau menang, tidak melebihi 2 gol. Jadi kesimpulannya, untuk perlawanan esok, kita boleh membayangkan jika Liverpool menang pun tak 1-0, 2-1. Mengikut prestasi semasa, Liverpool telah pun mengalami kekalahan dua kali berturut2 dalam liga kepada Arsenal dan terkini Sunderland. Tetapi mengikut prestasi serta persembahan mutu permainan, kita percaya Liverpool mampu menggugat sekiranya peluang yang terhidang dapat disudahkan dengan jaringan. Dipihak Everton pula, 6 perlawanan telah mereka lalui dengan rekod bersih tanpa kalah dimana mereka mengutip 2 seri dan 4 kemenangan. Bila kita lihat statistik Everton ini, sedikit rasa risau mula menjelma dalam pemikiran kita. Mereka telah berjaya membenam pasukan2 terbaik musim ini pada 2 bulan terakhir dengan mengalahkan Manchester City 1-0, Chelsea 2-0 dan terkini Tottenham dengan keputusan 1-0. Sedikit melegakan kemenangan2 ini semuanya mereka kutip ketika beraksi di halaman sendiri.
Hakikatnya selepas rekod bersih tanpa kalah di Anfield telah lebur ditangan Arsenal minggu lalu, mampukah Liverpool menghapuskan nasib malang ini. Dengan aksi berbaki 11 perlawanan Liverpool perlu bangkit dari badi kekalahan untuk mengejar sisa2 kelompok 4 terbaik liga yang sememangnya terlalu sukar untuk dikejar. Apapun untuk mengembalikan mood peminat yang sudah mula meroyan dan menyalak, pemain2 Liverpool dibawah bimbingan Dalglish perlu membuktikan Liverpool tak akan mengaku kalah selagi ada peluang walaupun ditahap kritikal. Bangunlah wahai wira2 Anfield. Kami akan tetap bersamamu. YNWA..
Live and Exclusive From Anfiled.
CHANNEL : ASTRO Super Sport 3 (817)
: ASTRO Super Sports HD 2 (833)
LIVE STREAMING : LINK1 LINK2 LINK3 LINK4 LINK5 LINK6
DATE : Wednesday - 14 March 2012
KICK OFF : 04:00am (Malaysia Time)
Home »
18. Liverpool
,
Premier League
,
Preview
» Preview : Game 28 BPL 11/12 - Liverpool vs Everton
Preview : Game 28 BPL 11/12 - Liverpool vs Everton
Written By Unknown on Tuesday, March 13, 2012 | 04:09
Labels:
18. Liverpool,
Premier League,
Preview
xsanggup nk tgk kalu men cm aritu
ReplyDelete