Headlines News :
.
Home » , » Game 7 MSL 2012 - PKNS 2-0 Selangor

Game 7 MSL 2012 - PKNS 2-0 Selangor

Written By Unknown on Sunday, February 12, 2012 | 22:45

Adik telah mengajar abang erti permainan bolasepak yang sebenar. Itu saja ungkapan yang mampu diluahkan apabila Selangor tumpas 2-0 ditangan Selangor PKNS di stadium MBPJ, Kelana jaya malam semalam. Selangor mengalami kekalahan kali kedua pada musim ini setelah tewas kali pertama kepada Felda United dalam perlawanan ke-3.

Semakin lama, nampak semakin parah dengan prestasi pesukan Selangor ini. Masalah penyerang terus menghantui kesebelasan Irfan Bakti. Irfan seharusnya mengambil tindakan drastik terhadap permasalahn yang melanda skuad Selangor. Sukar sekali kita mendengar Selangor dilanda masalah di awal musim kecuali kebanyakannya hanya di penghujung musim.

Dimana silapnya. Selasa ini, Selangor bakal berdepan dengan peneraju liga terkini iaitu pasukan Kelantan di SBNJ. Persoalannya mampukah Selangor untuk kembali bersaing. Diharap permasalahan yang melanda pemain import baru Bosko Balaban mengenai sijil perpindahan antarabangsanya dapat diselesaikan menjelang tarikh tutup perpindahan esok. Apapun kami masih berharap dan kami yakin Selangor akan kembali menyerlah. Kita tunggu sahaja waktu yang sesuai. Viva Selangor
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger