Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 24 BPL 11/12 - Liverpool VS Tottenham

Preview : Game 24 BPL 11/12 - Liverpool VS Tottenham

Written By saleehs gerrard on Monday, February 6, 2012 | 02:59

Minggu2 sukar kembali mewarnai kelab kesayangan kita Liverpool FC. Selepas mencipta kejayan demi kejayaan, awal pagi esok Liverpool kembali berkampung di Anfiled untuk menerima kunjungan pasukan Tottenham Hotspur. persoalannya, mampukah Liverpool mempertahankan zaman kejayaan yang sedang melanda.

Tottenham adalah pasukan yang telah mencipta kejutan semenjak musim lalu lagi. Di bawah kendalian Harry Redknapp, pasukan ini telah membuktikan mereka adalah kuasa baru yang bakal menguasai bolasepak Inggeris selain Manchester City. Menamatkan musim lalu di tangga ke-5 diatas Liverpool, dan terkini berada ditangga ke-3 liga, membuatkan kita perlu berhati2 dengan kebangkitan pasukan ini. Berkemungkinan perlawanan esok tiada kelibat Van Der vaart, Lennon dan Defoe yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Tetapi harus diingat, mereka masih banyak lagi pemain pilihan yang mampu untuk mengalas cabaran ini.

Kembalinya Suarez dari hukuman penggantungan 9 perlawanan membuatkan kita berasa sedikit lega. Kehadiranya tepat pada masa kita memerlukan. Hanya Dalglish sahaja kini yang pening kepala untuk menurunkan pemain2 yang sesuai kerana semenjak kebelakangan ini Bellamy, Kuyt, Adam dan Carroll telah menunjukkan prestasi yang menakjubkan. Tetapi persaingan dalam pasukan beginilah yang menggembirakan kita kerana setiap pemain telah menyimpan azam untuk terus berjaya.


Rekod pertemuan kedua2 pasukan ini, sememangnya berpihak kepada Tottenham. Ini kerana 3 perlawanan terakhir pertembungan kedua2 pasukan ini menyaksikan dimenangi semua oleh Tottenham. Sememangnya tugas besar menanti Dalglish kerana dibawah kendalian beliau, dua kali pertemuan, kedua2nya Liverpool kalah. Adakah badi kekalahan dapat dimusnahkan pada perlawanan esok. Harap2 begitulah. Semoga aura di Anfield dan tuah membenam pasukan2 terbaik menjadi dorongan untuk Liverpool terus cemerlang. YNWA..
Share this article :

1 comment:

  1. masih x dpt terima kekalahan 4-0 yg lps...pedih wooo da la ms tu bdk2 setan ada tgk jg

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger