Skrtel terdahulu mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya menanduk masuk sepakan sudut Gerrard seawal minit ke 5. Walaubagaimanapun gol tersebut berjaya disamakan oleh pemain Brighton, Kazenga LuaLua melalui sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh Reina pada minit ke 17. Tetapi seminit sebelum tamat separuh masa pertama, hasil dari keadaan kelam kabut didalam kotak penalti Brighton, walaupun tandukan Johnson berjaya diselamatkan oleh pertahanan Brighton, tetapi bola tersebut telah terkena kaki Liam Bridcutt untuk bola terus menerjah gawang sendiri. Kedudukan separuh masa liverpool 2-1 Brighton.
Separuh masa kedua bersambung dengan Andrew Carroll pula mencipta nama dengan sepakan deras hasil umpanan Downing. Gol tersebut membuktikan Carroll kini semakin meningkat naik dan bukan sahaja kepalanya boleh menjaringkan gol, malah kakinya juga mempunyai bisa yang tajam. Gerrard kempunan untuk mencipta nama sebagai penjaring. Setelah berjaya melepasi halangan penjaga gol Brighton, sepakan beliau berjaya dihalang oleh Liam Bridcutt tetapi malanya halangan tersebut membuatkan bola terus menerjah ke gawang sendiri menjadikan gol sendiri kedua Bridcutt dalam perlawanan ini dan merangkap gol ke 4 Liverpool.
Pesta gol sendiri berterusan. Gol sendiri ketiga menjelma hasil aksi bodoh Lewis Dunk yang tidak diganggu oleh pemain Liverpool, kurang kemas mengawal bola dan akibatnya bola sudah melepasi garisan gol sebelum diselamatkan. Malang pula bagi Suarez apabila gagal untuk menyudahkan sepakan penalti. Sepakan penalti diberi setelah Kuyt dijatuhkan oleh pertahanan Brighton. Tetapi Suarez berjaya juga menebus kehampaan tersebut apabila menjaringkan gol penutup Liverpool hasil tandukan Carroll yang singgah tepat ke kepala Suarez sebelum disudahkan dengan mudah. Keputusan muktamad, Liverpool 6-1 Brighton.
Keseluruhan permainan, membuktikan pemain2 Liverpool telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pasukan. Dalglish telah berjaya memotivasikan pemain2nya setelah diprovokassi oleh MUnyet pada minggu lalu. Hasilnya pemain Liverpool tidak terbawa2 keadaan yang berlaku di Old Toilet minggu lalu. Selepas ini, Liverpool akan bertemu Stoke City diperingkat Suku Akhir. Mudah2an tiada masalah Liverpool untuk meneruskan kecemerlangannya. YNWA..
p/s: Dah agak dah, mesti lepas kejadian kucing masuk padang ada lagi yang nak popular macam kucing ni juga. Apa punya manusia ler. Kucing tu haiwan, takkan ler dia pun nak berperangai macam haiwan juga. ishh3....
Video Aksi terlampau 18sx......
Scoring Summary
Liverpool | Brighton |
---|---|
Martin Skrtel (5') | Kazenga LuaLua (17') |
Liam Bridcutt (og 44') | |
Andrew Carroll (57') | |
Liam Bridcutt (og 71') | |
Lewis Dunk (og 74') | |
Luis Suárez (pen miss 81') | |
Luis Suárez (85') |
Match Stats
28(15) | Shots (on Goal) | 10(4) |
12 | Fouls | 7 |
9 | Corner Kicks | 2 |
0 | Offsides | 1 |
55% | Time of Possession | 45% |
0 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
5 | Saves | 17 |
Teams
Liverpool | Brighton |
---|---|
25 Pepe Reina | 1 Peter Brezovan |
23 Jamie Carragher | 3 Gordon Greer |
2 Glen Johnson | 6 Adam El-Abd |
37 Martin Skrtel | 14 Inigo Calderon |
3 José Enrique | 5 Lewis Dunk |
8 Steven Gerrard | 8 Alan Navarro |
19 Stewart Downing | 25 Kazenga LuaLua |
26 Charlie Adam | 26 Liam Bridcutt |
14 Jordan Henderson | 30 William Buckley |
9 Andrew Carroll | 24 Sam Vokes |
7 Luis Suárez | 9 Ashley Barnes |
Substitutes | |
32 Doni | Casper Ankergren 16 |
34 Martin Kelly | Roman Vindelot 20 |
16 Sebastian Coates | Vicente 15 |
11 Maxi Rodríguez | Ryan Harley 17 |
33 Jonjo Shelvey | Craig Noone 11 |
20 Jay Spearing | Craig Mackail-Smith 12 |
18 Dirk Kuyt | Torbjorn Agdestein 23 |
Substitutions | |
Maxi Rodríguez for Stewart Downing (76) | Craig Noone for William Buckley (46) |
Jonjo Shelvey for Steven Gerrard (76) | Vicente for Adam El-Abd (69) |
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (76) | Craig Mackail-Smith for Sam Vokes (69) |
Yellow Cards | |
Alan Navarro (49) | |
· Squads: Liverpool | Brighton |
sy agk ni pemilik kucing tempohari hehehehe tp mmg lawak la..
ReplyDeleteminta2 SPRM x siasat ketiga2 own goal ni... ;-)