Headlines News :
.
Home » , » 5th Round FA Cup 11/12 - Liverpool 6-1 Brighton

5th Round FA Cup 11/12 - Liverpool 6-1 Brighton

Written By Unknown on Monday, February 20, 2012 | 11:30

Liverpool kalah 3-4 kepada Brighton. Itulah hakikat sebenar jika dikira jaringan melalui pemain dari pasukan masing2. 3 gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain Brighton, membuatkan Liverpool menang bergaya utuk menewaskan mereka dengan jaringan 6-1. Rasanya inilah sejarah dalam hidup SG melihat dalam satu perlawanan terdapat 3 gol jaringan sendiri. Lebih mengelikan hati, sekali lagi Anfield gempar dengan tragedi larian tiger show oleh penonton yang terlepas kedalam padang.


Skrtel terdahulu mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya menanduk masuk sepakan sudut Gerrard seawal minit ke 5. Walaubagaimanapun gol tersebut berjaya disamakan oleh pemain Brighton, Kazenga LuaLua melalui sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh Reina pada minit ke 17. Tetapi seminit sebelum tamat separuh masa pertama, hasil dari keadaan kelam kabut didalam kotak penalti Brighton, walaupun tandukan Johnson berjaya diselamatkan oleh pertahanan Brighton, tetapi bola tersebut telah terkena kaki Liam Bridcutt untuk bola terus menerjah gawang sendiri. Kedudukan separuh masa liverpool 2-1 Brighton.


Separuh masa kedua bersambung dengan Andrew Carroll pula mencipta nama dengan sepakan deras hasil umpanan Downing. Gol tersebut membuktikan Carroll kini semakin meningkat naik dan bukan sahaja kepalanya boleh menjaringkan gol, malah kakinya juga mempunyai bisa yang tajam. Gerrard kempunan untuk mencipta nama sebagai penjaring. Setelah berjaya melepasi halangan penjaga gol Brighton, sepakan beliau berjaya dihalang oleh Liam Bridcutt tetapi malanya halangan tersebut membuatkan bola terus menerjah ke gawang sendiri menjadikan gol sendiri kedua Bridcutt dalam perlawanan ini dan merangkap gol ke 4 Liverpool.


Pesta gol sendiri berterusan. Gol sendiri ketiga menjelma hasil aksi bodoh Lewis Dunk yang tidak diganggu oleh pemain Liverpool, kurang kemas mengawal bola dan akibatnya bola sudah melepasi garisan gol sebelum diselamatkan. Malang pula bagi Suarez apabila gagal untuk menyudahkan sepakan penalti. Sepakan penalti diberi setelah Kuyt dijatuhkan oleh pertahanan Brighton. Tetapi Suarez berjaya juga menebus kehampaan tersebut apabila menjaringkan gol penutup Liverpool hasil tandukan Carroll yang singgah tepat ke kepala Suarez sebelum disudahkan dengan mudah. Keputusan muktamad, Liverpool 6-1 Brighton.


Keseluruhan permainan, membuktikan pemain2 Liverpool telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pasukan. Dalglish telah berjaya memotivasikan pemain2nya setelah diprovokassi oleh MUnyet pada minggu lalu. Hasilnya pemain Liverpool tidak terbawa2 keadaan yang berlaku di Old Toilet minggu lalu. Selepas ini, Liverpool akan bertemu Stoke City diperingkat Suku Akhir. Mudah2an tiada masalah Liverpool untuk meneruskan kecemerlangannya. YNWA..

p/s: Dah agak dah, mesti lepas kejadian kucing masuk padang ada lagi yang nak popular macam kucing ni juga. Apa punya manusia ler. Kucing tu haiwan, takkan ler dia pun nak berperangai macam haiwan juga. ishh3....


Video Aksi terlampau 18sx......

Scoring Summary

Liverpool Brighton
Martin Skrtel (5')Kazenga LuaLua (17')
Liam Bridcutt (og 44')
Andrew Carroll (57')
Liam Bridcutt (og 71')
Lewis Dunk (og 74')
Luis Suárez (pen miss 81')
Luis Suárez (85')

Match Stats

Liverpool                               Brighton
28(15) Shots (on Goal) 10(4)
12 Fouls 7
9 Corner Kicks 2
0 Offsides 1
55% Time of Possession 45%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
5 Saves 17

Teams

Liverpool Brighton
25 Pepe ReinaPeter Brezovan
23 Jamie CarragherGordon Greer
Glen JohnsonAdam El-Abd
37 Martin Skrtel14 Inigo Calderon
José EnriqueLewis Dunk
Steven GerrardAlan Navarro
19 Stewart Downing25 Kazenga LuaLua
26 Charlie Adam26 Liam Bridcutt
14 Jordan Henderson30 William Buckley
Andrew Carroll24 Sam Vokes
Luis SuárezAshley Barnes
Substitutes
32 DoniCasper Ankergren 16
34 Martin KellyRoman Vindelot 20
16 Sebastian CoatesVicente 15
11 Maxi RodríguezRyan Harley 17
33 Jonjo ShelveyCraig Noone 11
20 Jay SpearingCraig Mackail-Smith 12
18 Dirk KuytTorbjorn Agdestein 23
Substitutions
Maxi Rodríguez for Stewart Downing (76)Craig Noone for William Buckley (46)
Jonjo Shelvey for Steven Gerrard (76)Vicente for Adam El-Abd (69)
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (76)Craig Mackail-Smith for Sam Vokes (69)
Yellow Cards
Alan Navarro (49)
· Squads: Liverpool | Brighton
Share this article :

1 comment:

  1. sy agk ni pemilik kucing tempohari hehehehe tp mmg lawak la..

    minta2 SPRM x siasat ketiga2 own goal ni... ;-)

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger