Pelik juga bila difikirkan detik2 bersejarah itu terjadi. Peristiwa tersebut membuatkan kita tersenyum sendiri dengan telatah kucing yang comel ini. Bayangkan pasal dia seekor, terpaksa perlawanan dihentikan seketika untuk dia berjalan keluar sebelum ditangkap oleh pihak keselamatan. Bagaimanalah kucing ni boleh terlepas kepadang. Seingat SG stadium Anfield ini tidak boleh membawa masuk haiwan peliharaan. Lagipun stadium yang penuh sesak ini, takkanlah seorang pun tak perasan haiwan ini masuk.
Bila difikirkan semula, mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Lagipun padang Anfield penuh dengan kisah2 yang hangat. Dulu pernah terjadi penonton terbaling bola kedalam padang. Akibatnya Liverpool kalah kepada Sunderland akibat bola yang ditendang oleh pemain Sunderland terkena bola sesat dan terus masuk gol. Tak lama lepas tu, ada pula mamat seorang ni pergi buat tiger show sambil berlari2 dalam padang. Gelihati pula tengok orang yang perangai dah macam haiwan ni. Tetapi kejadian kucing masuk padang Anfield ni bukanlah pertama kali, sebaliknya pada tahun 1964 lagi sudah ada kucing yang mencipta sejarah. Nampaknya kucing kali ini adalah keturunan kucing dulu kot. Apapun jangan pula ada yang mengelar LFC dengan Liverpool Fun Cat dah ler. huhuhuhu
Liverpool vs Arsenal (1964) - Sumber My LFC |
Apapun, provokasi sudah mula dimainkan oleh kedua2 belah pasukan. Penyokong Chelsea yang tidak berpuas hati dengan Howard Webb juga dah bergabung menghentam MUnyet. Cuma Munyet saja nampaknya slow sikit kali ni. Takut terlebih hentam, makan tuan pula. Itu yang ada penyokongnya bawa logo MUnyet ke Batu Caves sempena Thaipusam semalam. Nak ambil berkat ke. ish3...
p/s: Teringat aksi Suarez mensayur2kan 5 pemain MUnyet sekali gus sebelum menghantar bola pada Kuyt untuk disudahkan di Old Toilet musim lalu. Patutlah Shrek goyang. Rupanya dia pun trauma dengan tragedi ni.
maap la ye..kucing sy yg terlepas aritu...excited bebeno nk jupe suarez tu yg smpi terlompat msk pdg...maap ye.. ;-)
ReplyDeletelom lwn lg da kecut...pe dah!