Headlines News :
Home » , , » January 2012 - Perpindahan lengkap Liverpool

January 2012 - Perpindahan lengkap Liverpool

Written By saleehs gerrard on Thursday, February 2, 2012 | 13:44

Pagi semalam seawal jam 7 pagi waktu Malaysia, tertutuplah sudah jendela perpindahan bagi pertengahan musim 11/12 ini. Dengan gosip2 perpindahan yang merancakkan suasana perpindahan, tetapi tiada sebarang perpindahan pemain bintang seperti yang berlaku pada pertengahan musim 10/11 lalu.

Kita sememangnya berasa sedikit hampa apabila Dalglish membuat pengumuman sehari sebelum hari terakhir perpindahan, dimana tiada pemain ternama yang bakal berpindah serta masuk ke skuadnya. Disaat kita sedang ketandusan penyerang, sememangnya kita berkira2 Dalglish akan membawa masuk mesin gol untuk memantapkan lagi barisan serangan, tetapi nampaknya beliau lebih percaya kepada barisan yang sedia ada. Kita sedikit teruja apabila Dalglish memohon untuk membawa Carlos Tevez dari Manchester City secara pinjaman 6 bulan ke Anfield dimana pertukaran bersama Carroll bakal dilakukan.  Tetapi Mancini tidak membenarkanya mungkin dikhuatiri senjata bakal memakan tuan seperti yang dilakukan terhadapnya oleh Bellamy minggu lalu.

Apapun Dalglish tetap juga mengisi slot perpindahan kali ini dengan lebih menjurus kepada skuad bawah 19 tahun (pelapis). Menyerapkan pemain2 baru yang sedang meningkat ke dalam skuad pelapis, sememangnya satu strategi yang baik untuk mendcungkil bakat2 baru untuk dibawa ke skuad utama. Berikut adalah senarai 2 pemain muda yang masuk serta 2 pemain keluar termasuk secara pinjaman.

PEMAIN MASUK
Danny Ward
Posisi : Penjaga Gol
D.O.B / Umur : 22 June 1993 - 18 tahun
Kelab Asal : Wrexham
Negara : Wales

Joao Carlos Teixeira
Posisi : Midfielder
D.O.B / Umur : 18 January 1993 - 19 tahun
Kelab Asal : Sporting Lisbon
Negara : Braga, Portugal


PEMAIN KELUAR
Martin Hansen
Posisi : Penjaga Gol
D.O.B / Umur : 15 June 1990 - 21 tahun
Destinasi : Viborg FF

PINJAMAN
Danny Wilson
Posisi : Pertahanan
D.O.B / Umur : 27 December 1991 - 20 tahun
Pinjaman ke : Blackpool
Tarikh Mula dipinjamkan : 1 January 2012

p/s: Bak kata pepatah, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Biarlah kita bersusah payah mendidik serta mencungkil bakat baru diwaktu sekarang. Akan datang apabila tiba masanya, sudah pasti kita akan menuai hasilnya yang telah disemai kini. YNWA

Share this article :

2 comments:

  1. wah, memang peminat fanatik Liverpool ni. YNWA :)

    ReplyDelete
  2. KK masih mempercayai tenanga carroll, kuyt, bellamy n suarez...apa2 pn hrp performance skrg kekal smpi akhir musim

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger