Headlines News :
.
Home » , , » Kapten England - Hanya Steven Gerrard yang layak

Kapten England - Hanya Steven Gerrard yang layak

Written By Unknown on Sunday, February 5, 2012 | 01:44

Selepas FA England mengumumkan, bahawa Armband kapten pasukan England sudah dilucutkan dari lengan John Terry, ramai peminat serta lagenda2 England mahukan Gerrard diamanahkan tugas tersebut. Mereka lebih mempercayai daya kepimpinan Gerrard dari pemain2 yang lain.

John Terry antara pemain yang sentiasa membuat masalah pada pasukan England. Sebelum ini, kita masih ingat Fabio Capello juga pernah menarik balik lilitan kapten dari Terry akibat skandalnya dengan isteri sahabat sendiri. Setahun Capello menyenarai hitam Terry sebelum diberi semula kepercayaan itu. Malangnya kali ini, FA terpaksa membuat keputusan sama akibat tingkah laku Terry yang dianggap perkauman. Walaupun perbicaraannya masih belum selesai dan tertangguh, FA tidak mahu dituduh pilih kasih terhadap pemain England.

Seperti yang kita ketahui, Luis Suarez sudah pun menghabiskan pengantungannya 8 perlawanan sedangkan kes Suarez adalah beberapa minggu selepas kes Terry. Malangnya Terry masih lagi tidak jatuh hukum. Sedangkan sudah nyata lagi jelas Terry bersalah. Disitu ramai sudah pemerhati2 bolasepak mengatakan FA England sememangnya membuat keputusan yang tidak adil. Mengapa FA perlu bersikap sedemikian demi menjaga bintang kebangsaan yang kononnya hebat.

Mengikut Capello, Gerrard sememangnya mempunyai daya kepimpinan yang dicari selama ini. Beliau telah memimpin pasukan Liverpool bertahun2 dengan bersemangat tinggi serta berdaya saing. Walaupun saingan Gerrard untuk menyarung lilitan ini adalah Rio Ferdinand, tetapi sejak akhir2 ini, prestasi yang tidak menentu serta pengalaman memimpin yang kurang membuatkan Gerrard lebih diharapkan. Semoga Gerrard berjaya dianugerahkan lilitan ketua pasukan untuk membawa England menjuarai EURO 2012.

p/s: Seteruk2 pemain England, Pasukan England jugalah pasukan no. 1 didunia yang SG suka. Dari dulu sampailah sekarang, sememangnya England dihati. Kalau ada yang lain pun Sepanyol di rangking kedua. So kalau England kalah awal EURO nanti, Sepanyollah jadi pilihan. Harap Gerrard dapat memimpin dengan baik pasukan England nanti.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger