Headlines News :
.
Home » , , , » Will 2011 - Peminat Liverpool wajib tonton

Will 2011 - Peminat Liverpool wajib tonton

Written By Unknown on Wednesday, February 29, 2012 | 02:24


Dah 5 hari SG mendownload filem Will ini, baru malam tadi sempat nak tengok. Maklumlah masa yang sentiasa sibuk dengan kerja2 harian serta meraikan kemenangan Liverpool dalam Piala Carling tempohari. Bila ada masa yang terluang barulah teringat movie ni belum tengok lagi. Memang ingat sebelum ni nak posting link download ni, tetapi tak syok pula sibuk2 nak promosi tapi SG sendiri belum menontonnya. Jadi maafkanlah SG sekiranya terlambat nak share download link movie tersebut.


SG nak cerita sinopsis pasal Will ni pun, x ler banyak mana yang boleh dikongsikan. Sebab kalau dicerita semua, memang dah tak bestlah bila korang tengok cerita ni nanti. Sebab dah tau jalan ceritanyakan. Yang terbaiknya, pelakon cilik inilah yang boleh kita jadikan idola dalam kesetiaan dan minat yang mendalam terhadap pasukan Liverpool. Terpaksa menghadapi berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum sampai ke Istanbul untuk bertemu Steven Gerrard, Jamie Carragher dan Kenny Dalglish dalam final Champion League 2005.

Yang tak seronoknya, Gerrard dan Carragher hanya muncul selama 1 minit manakala Dalglish 5 minit sahaja dalam cerita ini. Kalaulah lebih lama mereka diberi peluang berlakon, barulah lebih menarikkan. Bila dengan lagu You'll Never Walk Alone pula, bukan main tersentuh hati SG. Pokok pangkalnya korang layanlah cerita ni. Sedih, kelakar semua cukup. Kepada anda, selamat menonton.


Cepat2lah download, sebelum link ni dihapuskan oleh pihak yang berkenaan.

Click disini dan pilih hosting server yang sesuai


p/s: Kesian kat Rafa Banitez. Sepatutnya dia yang layak membintangi watak pengurus. Tetapi apakan daya, Dalglish adalah pengurus semasa dan Liverpool lagend. Apapun TQ Rafa. Kerana anda, Liverpool 2 kali melangkah ke Final Champion League dan menjuarainya pada tahun 2005. YNWA....
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger