Buat pertama kalinya bermain di gelanggang keramat Stadium Shah Alam untuk musim ini, Selangor berjaya membuatkan penyokong Red Giants tersenyum girang apabila berjaya mengalahkan Johor FC 2-0 malam tadi. Badi terhadap pasukan selatan tanah air ini akhirnya dapat dileraikan dari terus menjadi sebati dalam pasukan.
Selangor menggunakan kesempatan diatas kehadiran Johor FC ke Shah Alam tanpa jurulatih yang rasmi. Seperti yang SG perkatakan pada preview perlawanan ke 14 lalu, K. Devan telah pun dipaksa untuk meletakkan jawatan selepas gagal mengemudi pasukan tersebut dengan baik.
Gol Selangor hadir di babak kedua dhasil dari percubaan Balaban pada minit ke 57. Pada penghujung perlawanan, sekali lagi Balaban membuktikan bahawa kuda tua ini sememangnya hebat apabila berjaya menanduk masuk hasil dari sepakan sudut Safiq Rahim. Sepatutnya Selangor boleh kenduri gol pada perlawanan tadi, tetapi malangnya 3 gol yang dijaringkan telah pun dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Dengan kemenangan ini, Selangor kembali melonjak ke tangga ke-4 untuk memintas Perak yang telah tewas kepada Sabah serta mengekori rapat Terengganu yang juga hanya sekadar seri dengan Negeri Sembilan.
Game 15 MSL 2012 - Selangor 2-0 Johor FC
Written By Unknown on Wednesday, April 18, 2012 | 00:20
Labels:
21. Selangor,
Liga Super
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !