Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 35 BPL 11/12 - Norwich vs Liverpool

Preview : Game 35 BPL 11/12 - Norwich vs Liverpool

Written By Unknown on Friday, April 27, 2012 | 22:27

Tengah malam esok, Liverpool akan bertandang ke Carrow Road untuk menentang skuad tuan rumah Norwich City. Perlawanan ke 35 dalam pertandingan liga Premier musim ini sebenarnya tidak memberi sebarang erti bagi Liverpool melainkan untuk meningkatkan stamina menjelang perlawanan akhir FA Cup nanti.

Seminggu tanpa perlawanan, kita dihidangkan dengan perlawanan piala Eropah yang menyaksikan tersungkurnya 2 wakil  dari Sepanyol. Bukanlah SG disini ingin mengulas mengenai perlawanan Eropah tersebut, tetapi corak permainan yang dipertontonkan oleh pasukan Sepanyol terbabit ada persamaannya dengan Liverpool seperti yang SG ceritakan sebelum ini (klik sini). Sehingga kini, corak permainan sedemikian terus menjadi mainan dalam kotak fikiran SG ini.


Sewaktu dulu kita amat berbangga dengan pasukan Norwich ini apabila di jersi mereka terpampang jenama Lotus dan Proton. Malangnya selepas setahun tajaan tersebut, pasukan ini terjerumus ke liga divison bawahan. Musim ini mereka kembali lagi ke liga Premier dan perlawanan mereka menentang Liverpool di Anfield berkesudahan dengan seri 1-1. Jika kita kaji rekod perlawanan ketika itu, walaupun Liverpool mempamerkan aksi yang memberansangkan, tetapi posisi bola masih boleh dikirakan seimbang. Mungkin hanya disebabkan nasib yang tidak menyebelahi ketika itu akibat bola lebih banyak terkena palang dan tiang gol. Disitu kita dapat lihat Norwich ini sebenarnya adalah pasukan yang lebih memperkenalkan tektik bertahan dan akan menyerang apabila ada peluang sama seperti yang berlaku ketika perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Jadi apakah persediaan pasukan Liverpool untuk perlawanan ini.


Dalam melalui sisa-sisa penghujung musim, Dalglish sepatutnya mengubah sedikit corak permainan sedia ada dimana sikap kegopohan dalam aksi menyerang dan kegagalan untuk kembali mempertahankan kubu perlu ditekankan dan diperkemaskan lagi. Teknik banyak membuat hantaran lintang mencari kepala Carroll sebenarnya adalah tektik yang dianggap sudah tidak sesuai diguna pakai. Ini kerana kebayakan pasukan yang kita temui, mereka sudah dapat membaca tektik lapuk Liverpool ini dan akibatnya mereka mudah untuk mematahkan segala serangan yang dicipta oleh pemain kita dan segera membuat tindak balas untuk membuat jaringan hasil dari serangan pantas. Jadi keputusan untuk terus melakukan serangan yang kurang berkesan sebenarnya banyak mengundang padah ketika bertemu pasukan yang mempamerkan aksi bertahan. Itu sebabnya kita selalu hampa apabila bertemu pasukan bawahan dan berjaya apabila menentang pasukan atasan yang juga mempamerkan aksi menyerang.

Pokok pangkalnya, SG masih mengharapkan Dalglish untuk terus menurunkan tenaga-tenaga muda menjadi kesebelasan utama esok. Selain Spearing dan Henderson, SG sangat berharap Dalglish dapat menurunkan kesebelasan seperti ketika menentang Blackburn lalu. Kita nampak kemajuan serta semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain-pemain ini dan ini adalah antara perkembangan positif dalam proses mencetak pemain-pemain muda yang berkualiti untuk jangka masa panjang. Selain memberi peluang kepada pemain muda, ia juga dapat memberi rehat yang cukup untuk menjamin kecergasan 100% kepada skuad utama menjelang pertemuan dengan Chelsea minggu hadapan nanti. Menang 1-0 sudah memadai, kalau dapat lebih itu adalah lebih baik. YNWA...

Norwich City vs Liverpool
Ahad - 29 April 2012 ( Malam Minggu)
Kick Off : 12:30 AM
Channel : ASTRO Super Sports 3 (817)
               : ASTRO Super Sports HD (831)
Live Streaming : LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  LINK 6  LINK 7  LINK 8



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger