Headlines News :
Home » , , , » Selamat jalan Damien Comolli

Selamat jalan Damien Comolli

Written By saleehs gerrard on Thursday, April 12, 2012 | 22:04

Hari ini Website LFC.TV telah mengesahkan bahawa pengarah bolasepak Liverpool Damien Comolli telah meninggalkan Liverpool dengan persetujuan bersama. Atas alasan sebab2 keluarga, Comolli akan kembali semula kenegara asalnya iaitu Perancis setelah berkhidmat di Liverpool selama 17 bulan sejak November 2010.

Kini Dalglish mempunyai kuasa penuh diatas segala urusan pembelian pemain dan pengurusan dikala John Henry dan Tom Werner bakal mencari penganti baru untuk jawatan tersebut. "Kami berterima kasih untuk semua usaha Damien bagi pihak Liverpool dan mengharapkan yang terbaik untuk masa depan." kata2 pemilik Liverpool John Henry. Tom Werner pula berkata "Kelab ini perlu bergerak ke hadapan dan kita kini mempunyai satu permainan yang besar pada hari Sabtu ini. Ia adalah penting bahawa semua orang menyertai kami dalam menyokong pengurus dan pasukan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan yang kukuh untuk musim ini. "

Terima kasih diucapkan kepada Comolli kerana dengan kehadirannya di Anfield sedikit sebanyak telah banyak membawa perubahan besar. Walaupun beberapa pembelian beliau banyak menjadi pertikaian kerana kurang berbaloi dari segi prestasi berbanding harga yang dibayar, tetapi sekurang2nya ia adalah sesuatu asas pembangunan semula pasukan yang baik. Mungkin ada yang kata membazir, tetapi dengan kejayaan Liverpool menjuarai piala Carling Februari lalu, ia membuktikan pelaburan yang dikeluarkan masih lagi dikira berbaloi walaupun masih terumbang ambing dalam kedudukan liga. YNWA
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger