Headlines News :
.
Home » , » Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia 3-0 Indonesia

Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia 3-0 Indonesia

Written By Unknown on Sunday, December 26, 2010 | 23:53

MALAYSIA 3-0 INDONESIA


Tahniah kepada anak2 buah K. Rajagopal. Dengan semangat juang yang tinggi, pasukan kebangsaan Malaysia telah berjaya menghampiri untuk menjulang Piala AFF Suzuki. Perlawanan akhir pertama yang di langsungkan di Stadium Bukit Jalil dibanjiri peminat2.Walaupun tiket paling murah RM30, tetapi ia tidak menghalang peminat2 memenuhi disetiap sudut stadium.


Pemain2 Indonesia nampaknya tenggelam pada malam ini. Pemain2 Malaysia dapat mengawal permainan dengan baik sekali. Jauh perbezaan dengan perlawanan ketika dalam kumpulan dulu. 3 gol dalam masa 15 minit seperti sudah meranapkan impian Indonesia untuk menjulang piala ini.


Nampaknya penyokong2 yang datang ke stadium masih degil dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Mercun, pancaran laser masih berleluasa. Hampir2 pasukan Indonesia memboikot perlawanan ini. Ini kerana Markus, penjaga gawang Indonesia mengadu di tembak sinaran laser oleh penonton. Ini menyebabkan perlawanan dihentikan selama 5 minit. Setelah kata sepakat diterima, perlawanan diteruskan. Selepas waktu inilah, Malaysia mula merobek pintu gol Indonesia. Semangat si pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha, menjadi duri dalam daging pasukan apabila gerakannya yang  mengelirukan berjaya mengumpan kepada Safee Sali untuk menjaringkan Gol pertama serta Mohamad Ashari Samsudin untuk gol ke 2.


Nampaknya pemain2 Malaysia tidak puas dengan 2 gol sahaja, sekali lagi Safee menjadi wira apabila menanduk masuk untuk gol ke 3. Peminat berpesta merayakan kemenangan ini. Malaysia berjaya membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium gelora Bung Karno Jakarta pada rabu nanti. Malaysia hanya perlu mengekalkan corak permainan dimana hanya perlu bermain selamat sahaja. Seri sudah memadai untuk pasukan kita menjulang kejuaraan.


Diharap pada hari rabu nanti, Malaysia dapat mengharungi perlawanan di Jakarta dengan baik. Sudah pasti stadium Gelora Bung Karno akan dipenuhi dengan warna merah putih. Harap jangan gentar. Semoga 2010 menjadi tahun keceriaan bagi sekuad bola sepak kebangsaan.
Share this article :

13 comments:

  1. yeah go malaysia
    a.k.a harimau malaya

    ReplyDelete
  2. suporter malaysia masa kecil kurang bahagia udah gede masih maen laser dasar kanak-kanak..

    ReplyDelete
  3. NANTI ADE LAWAN LAGI KE KT INDONESIA?

    ReplyDelete
  4. malaysia tak kan gentar dengan merah putih..semangat harimau malaya tetap bersama^_^

    ReplyDelete
  5. cayalah Msia
    tapi perasan gak markus kena laser semalam..bengong betul lah dok laser2!

    ReplyDelete
  6. tahniah Malaysia utk perlawanan kali ini... hehe

    ReplyDelete
  7. br kena tembak ngan laser da kepoh...blom lg kena tembak ngan mercun..

    ReplyDelete
  8. gembira rasa bila skuad Harimau berjaya menewaskan Si Burung Garuda tu. akhirnya berbalas juga kekalahan skuad Harimau kat Indonesia tempoh hari.

    ReplyDelete
  9. lepas nie rajagop[al beli lg 1 lot rumah belah kiri plak....ehehhe tahniah

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger