Semalam semasa aku dalam perjalanan membawa anak2ku bersiar2, aku terpaksa melalui 3 sekatan jalanraya di sepanjang perjalananku. Pelik juga. Hari Ahad selalunya tak pernah ada roadblock. Ni rajin pula dia orang bekerja. Ada kira overtime ke? Lebih memusykilkan aku, kenapa roadblock ni hanya dilakukan disebelah jalan sahaja.
Aku yang dari pekan Banting menempuh Roadblock pertama di Sungai Manggis. Kat sinilah yg sebenarnya membuatkan aku pelik. Roadblock hanya dilakukan menghala ke Sepang sahaja. Menghala ke Banting tiada sekatan dilakukan. Nak kata jalan ni highway, bukan. Mungkin ada penjenayah lari kot. Biasanya ada kes2 besar baru mereka buat operasi ni.
Kemudian di Putrajaya pula. Highway yang dari 3 lorong menjadi 1 lorong. Nak kata sesak, tak ler sangat. Lagipun hari minggukan. Bukan ramai sangat pun yang keluar. Seterusnya Di hadapan Kilang Proton di Shah Alam. Hatiku mula terfikir, mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Tak lama kemudian, kawanku menelefon, memberitahu memang Roadblock bersepah2. Dari apa yang mereka cerita, ini adalah arahan pihak tertentu supaya menyekat mereka2 yang ingin bersama MB Selangor menghantar memorandum pasal air di Istana Negara.
Baliknya, walaupun sudah petang, di Sijangkang menghala ke Klang masih juga abang2 polis ni, bertugas lagi. Emm.. Seandainya betul dengan apa yang kawanku katakan ini, apa ler nasib abang2 polis ni. Terpaksa bekerja tanpa kerelaan hati. Tapi kalau bukan kerana perhimpunan ini, bagus le. Mudah2han Allah akan membalas kebaikan & keburukan yang anda lakukan...
Home »
11. Maklumat/Berita
» RoadBlock dimerata2- Ada kes besar ke?
RoadBlock dimerata2- Ada kes besar ke?
Written By Unknown on Monday, December 6, 2010 | 14:42
Labels:
11. Maklumat/Berita
Antara sebab yang pasti adalah salah satu dr NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah....yang tersirat daripada itu tak tau la plak...huhuhu
ReplyDelete