Headlines News :
.
Home » » Apabila istilah sukan disalah ertikan

Apabila istilah sukan disalah ertikan

Written By Unknown on Tuesday, December 28, 2010 | 04:02

Selepas kemenangan bergaya pasukan bolasepak Harimau Malaya membaham pasukan Garuda dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki semalam, kecoh peminat2 di dua buah negara ini mempertikaikan dan memperlekehkan perlawanan. Pihak2 media mula membuat provokasi untuk menaikkan kemarahan peminat. Berbagai ancaman dan ugutan telah terkeluar dari peminat2 diatas rasa ketidak puas hati mereka dengan apa yang terjadi semalam. Hanya berpunca dari benda kecil yang hanya seberat sekitar 50 gram, mengakibatkan manusia boleh berubah dari menghormati antara satu sama yang lain, menjadi ganaz dan berdendam.

Kita sememangnya tidak boleh menafikan, setiap orang akan taksub dan fanatiknya terhadap pasukan, atlet dan individu kesayangan masing2. Tetapi fanatik mereka itu ada batas2nya. Kita kena ada sikap profesional dalam apa jua keadaan. Seperti kata pepatah "bola itu bulat". Bola yang bulat itu sendiri membawa maksud yang cukup kesaksamaan. Jika ia terletak di tempat yang rata, maka ia tidak akan berganjak. Maka sesiapa yang mempunyai kelebihan dan tuah akan berjaya mengalihkan bola tersebut mengikut hala tuju mereka.


Apa tujuan sebenarnya sukan itu diwujudkan. Kita sebenarnya kena faham konsep sukan itu sendiri. Sukan adalah diwujudkan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Selain itu sukan juga adalah salah satu cara mengeratkan persahabatan dalam kehidupan. Walaupun bergusti, lawan pedang, ragbi itu adalah acara yang ganas dan merbahaya, tetapi profesionalnya kita akan menjadikan sesuatu yang ngeri menjadi keseronokan dan keakraban. Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta dan peminat. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Masalah kurang berpuas hati ini akan sentiasa ada dalam kehidupan masing2. Tetapi profesionalnya kita menangani keadaan itu lebih dihormati dari kemenangan yang diperolehi. Maruah dan tingkah laku kita lebih dipandang mulia oleh mereka2 yang faham konsep sukan itu sendiri. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Adakah kita rasa kita paling bagus untuk menang sahaja tanpa ada kekalahan? Fikir2kan.

Apa yang terjadi di Stadium Bukit Jalil semalam adalah ikhtibar bagi pihak penganjur dan semua peminat untuk memastikan ia tidak berulang. Sememangnya manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi sekiranya bersukan untuk membinasakan diri sendiri dan merosakkan harta benda dan orang awam, semangat kesukanan telah menjadi semangat keganasan, lebih baik kita jangan terbabit dengan sukan. Hanya menyusahkan orang lain.

Diharap untuk perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti tiada perkara2 yang buruk berlaku. Walaupun berbagai ancaman telah kedengaran, diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikannya dengan aman. InsyaAllah perbalahan akan menjadi keseronokkan. "Majulah Sukan Untuk Negara". Sesungguhnya tiada hari tanpa sukan. Jadi, bersukanlah tanpa was2.
Share this article :

9 comments:

  1. Y adiharap perlawanan di Indonesia nanti tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  2. ye....semangat kesukanan itu lebih penting!!!

    ReplyDelete
  3. jalan2 + follow..hehe
    btw shahrul idlan main cantik..mood lepas kawen agaknya..hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau isu laser jadi punca kekalahan indonesia, bagaimana tentang isu laser ketika malaysia tewas 1-5 di indonesia? adakah rakyat atau kerajaan malaysia menimbulkan kes tersebut?

    ketika 3 gol disumbat kegawang gol indonesia tiada satu pun pancaran laser yg diarahkan kepada penjaga gol indonesia.

    kesimpulannya jangan buat apa yang kita tak suka orang lain buat kepada kita.

    ReplyDelete
  5. hmm betul2, harap peminat-peminat jaga diri dan jadikan persaingan yang sihat tanpa bermusuh-musuhan

    ReplyDelete
  6. hopefully esok sume bejalan lancar lah.. =)

    ReplyDelete
  7. Biasa la,typical Indons.Cepat menggelabah bila kena provoke.Pastu boleh plak kuar isu geng player Indon kena bomoh,ape daaa...

    ReplyDelete
  8. yup btol...sikap profesional menghasilkan perlawanan yang cantik dan bersih...insyaAllah

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger