Indonesia 2-1 Malaysia
Agg : 2-4
Walaupun skuad Malaysia tewas 1-2 pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi bekalan jaringan yang dibawa dari tanah air telah memberi kejuaraan mutlak dengan kesudahan agregat 4-3 4-2. Tahniah pasukan Harimau Malaya kerana buat julung kalinya menjuarai Piala AFF Suzuki ini setelah 14 tahun diperkenalkan.
Walaupun sebelum perlawanan berbagai provokasi yang dilancarkan oleh pihak media & juga penyokong2 pasukan Indonesia, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat juang anak2 muda wira negara ini. Seperti yang diramal, pasukan Malaysia lebih bermain dalam corak bertahan. Ini memberi peluang kepada pasukan Indonesia untuk bertubi2 menyerang kubu Malaysia. Ketangkasan Khairul Fahmi telah banyak menyelamatkan gawangnya dari dibocori serta berjaya menggagalkan sepakan penalti ketua pasukan Indonesia.
Dalam kerakusan menyerang, Safee Sali menghukum kealpaan pasukan Indonesia apabila merembat kencang menewaskan Markus. Tetapi ia tidak lama, seperti mendapat suntikan semangat yang baru, akhirnya Indonesia berjaya juga memperolehi dua gol sebagai penawar.
Tahniah kepada pasukan Malaysia diatas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada mereka2 yang kuat provokasi yang akhirnya memakan diri sendiri. Semoga kejayaan ini akan berterusan.
Antara provokasi2 :
Laser : Muka Khairul Fahmi terkena juga tembakan laser hijau dari penonton
Jupe : Ingin memakai bra laser, tetapi tak kesampaian
Malingsia : (Pencuri @ perompak). Nampaknya Malaysia berjaya mencuri piala diatas kealpaan & keegoan mereka. Malaysia lebih cekaplah dari mereka kerana bijak mengambil kesempatan & kelemahan Indonesia.
Rajagombal : (Kain buruk). Kain buruk inilah yang membersihkan & mengharumkan nama Malysia. Kemudian kotoran yang melekat di kain buruk itu dihadiahkan untuk Garuda. baguskan..hehehehe
Jadi selepas kekalahan ini, nak tunggu & lihat, apa lagi alasan mereka2 ini. Nak mengaku kalah atau masih nak menegakkan benang yang basah. Semoga menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
Apa pun Terima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana telah mengistiharkan pada Jumaat 31/12/2010 ini cuti umum diatas kemenangan pasukan Malaysia ini.
they really did a good job! :)
ReplyDeletehidup team MALAYSIA..! maruah sudah diperbaharui.
ReplyDeletetahniah K. Rajagobal. btw, hidup liverpool jugak!
Tahniah Team Bola Sepak Malaysia!!!
ReplyDeletetahniah team harimau malaya..
ReplyDeletehehe
roarr! tahniah malaysia! tak eloklah kita negara berjiran berbalas kutukan...better malaysia sampaikan mesej aman ^^ papepon ROOARRRR!! hahak
ReplyDeleteyg penting sok cutiiiiiiiiiiiiiiii...slmt bercuti u olzzzz
ReplyDeletemereka tak akan berdiam dengan kekalahan ni. menyerahkan piala AFF kepada pihak lawan di gelanggang sendiri memberi tamparan hebat. hacker2 mereka dah mula nak menganas. kita harus sentiasa berwaspada.
ReplyDeleteI hv a question,
ReplyDeletekenapa kalau berjaya dialu2kan dengan berlebihan tapi kenapa kalau keberutungan tdk berpihak di cerca habis2an??
Selamat untuk keberhasilan para PEmain bola sepak Malaysia memboyong piala AFF... :)
Malaysia memang hebat ^_^
ReplyDeleteaduss....agregat tu 4-2 ke 4-3 bro? jangan silap fakta derrr... miahahaahh...
ReplyDeletegi betulkan balik....
hahhaha.. tq ler pendekar.. silap tulis jer tu.. kat header dah 2-4, tapi story jd 4-3 plk.. mgantuk ler katakan...hehehehhe
ReplyDeletebangga dengan semangat pasukan Malaysia :D
ReplyDelete