Headlines News :
.
Home » » Selamat Hari Jadi ke-5 - Alya Batrisyia.

Selamat Hari Jadi ke-5 - Alya Batrisyia.

Written By Unknown on Monday, December 6, 2010 | 02:14

Semalam Ahad 05/12/2010 - Genaplah usia puteri sulongku Alya Batrisya 5 tahun. Beberapa hari sebelumnya sibuk dia ajak pegi jalan diharijadinya tu. Mungkin bosan dicuti2 sekolah ni, aku hanya memberi kebebasan kepadanya untuk bertandang2 dirumah kakakku yang sulong. Ini kerana rumah kakakku ada anak2nya yang boleh dijadikan teman kepada Alya. Yelah.. Kat umah aku hanya ada atuk & neneknya sahaja bila aku kerja pagi. Adiknya si Sarah sudah tentu dihantar kerumah pengasuh. Mesti bosan giler.

Fuhhhhh....
Bergaya nak potong kek

Kebetulan dihari lahirnya ini, aku & isteriku bercuti. Jadi elok sangat le aku sekeluarga pergi berjalan2 tanpa arah tujuan yang pasti. Ikutkan niat sebelum2nya, aku ingin sangat nak pergi pameran MAHA di Serdang. Tapi dengan diriku ni pun yang tak beberapa sihat & lagi2 hari terakhir pameran (dah tentu sesak giler ni), maka aku batalkan hasrat. Kemudian terfikir pula nak pergi makan satey Kajang. Bagus juga ni. Dah lama tak makan satey Hj. Samuri. Asyik2 makan satey Banting je.

Sini ayah potongkan
Ni ibu suapkan kek ke, tutup mulut kakak?
Jam 11.00 pagi baru aku sekeluarga keluar Rumah. Setelah menghantar computer aku untuk dibaiki dirumah sahabatku di Kampung Olak Lempit, aku terus memandu mengahala ke Kajang. Sampai di Dengkil barulah terkeluar pertayaanku kepada Alya & isteriku. Nak makan apa? Dengan selamba Alya nak makan nugget & ayam KFC. Isteriku pula sibuk nak pegi tesco Klang. Emmmm. Tak kisah ler. Lagipun semua plan main mengejut jer ni. Saja nak jalan2. Kalau dah semua plan macam tu, aku lencongkan keretaku untuk menghala ke Shah Alam. Maka setelah aku membeli kek di Taman Seri Muda, aku pergi ke KFC Bukit Kemuning, Klang. KFC ni satu bangunan dengan Pizza Hut & belakangnya pasaraya besar Giant yang baru dibuka 2/12/2010 lalu.

Kakak tak tau nak potonglah Ayah..
lembablah kakak ni. Bagi sini adik Sarah potongkan kek ni.
Order makanan untuk 4 beranak abis juga le RM38. Dengan burgernya, nasi ayam, ayam goreng dah tentu & Nugget bukan main gembira anak2kku menjamahnya. Sebelum menjamah makanan sudah tentulah upacara Alya memotong Kek. Gembira hatiku melihat Alya menghembuskan lilin di kek tu. Maklumlah, ini kali kedua dalam 5 tahun di memotong kek hari lahirnya.


Selesai makan aku menuju pula ke Klang. Memang planning nak pergi Tesco Bukit Tinggi, Tapi sampai saja di Kampung Jawa nampak pula poster2 jualan gudang ANAKKU. Dipendekkan cerita, aku sekeluarga shoping kat sini je. Beli baju, Syampu & bahan2 untuk anak. Aku sekejap je kat gudang ni sebab kepala aku dah naik pening. Almaklumlah kesihatan aku masih belum pulih sepenuhnya. Aku bawa kedua2 anakku lepak dalam kereta. Mereka pun dah letih. Aku biarkan isteriku bershoping sendiri.

Jam 5 petang baru aku pulang kerumah. Nak berjalan2 lagi dah tak sempat. Aku kena kerja malam masuk pukul 8.00 malam. Lagipun kepala aku masih lagi pening2 lalat. Baik balik je sudah. Yang penting aku bawa anak2ku berjalan2 dan gembirakan mereka dimusim cuti2 sekolah ni.
Share this article :

8 comments:

  1. happy belated birthday..btw, knape x g tesco setia raya? jupe steve mcmohan kt sn?

    ReplyDelete
  2. comel tuan punya besday... :))

    salam berkenalan. jemput singgah blog saya

    ReplyDelete
  3. sedapnye kek dia!
    hppy besday ye alya batrisyia. =)

    ReplyDelete
  4. happy birthday wat adik yang comel.

    ReplyDelete
  5. alamak, sori lambat bro.. bizi skit.. aiyo.. kekeke... happy belated berday ... walaupon bukan ko punya berday :)

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger