Headlines News :
.
Home » , , » Pertandingan bunga api antarabangsa Putrajaya 2013

Pertandingan bunga api antarabangsa Putrajaya 2013

Written By Unknown on Monday, September 16, 2013 | 23:31


Bertuah sungguh pada mereka yang duduk berhampiran dan dekat Putrajaya ni. Setiap kali ada persembahan bunga api pasti mereka boleh datang malah boleh menonton dari rumah mereka sendiri. Rasa macam nak pindah duduk Putrajaya pulak. Kalau boleh nak duduk kat Hotel Pullman atau bangunan PICC tu, baru cantik mata memandang. hehehehe.

Untuk tahun 2013 setakat artikel ini ditulis (16 September 2013), sudah lima buah negara membuat persembahan dalam pertandingan bunga api Antarabangsa Putrajaya 2013 ini. Negara-negara yang sudah buat persembahan itu ialah Malaysia (30 Ogos), Korea Selatan (31 Ogos), Perancis (13 September), China (14 September) dan USA (15 September). SG sempat pergi tengok tiga persembahan sahaja iaitu dari Korea Selatan, Perancis dan China sahaja. Rasa rugi pula tak dapat nak tengok dari Malaysia dan persembahan paling menarik dari USA setakat ini mngikut kata kawan SG. Bukannya datang sini nak rakam video ataupun ambil gambar sangat, tapi keseronokkannya menyaksikan bunga api ni selama 25-30 minit membuatkan SG teruja untuk menyaksikan kelainan bentuk bunga api ni mengikut negara yang menyertainya. Nak ambil gambar atau video, camera tak canggih. Jadi terpaksa ler jadi pencuri-pencuri gambar dan video yang diambil oleh mereka yang upload dihalaman sosial.


# KLIK SINI dan SINI untuk map lebih jelas.

Tiga kali SG pergi tengok ni, SG pergi dengan keluarga sekali ketika persembahan dari China sahaja dan selebihnya SG pergi dengan kawan-kawan. Ketiga-tiga persembahan tu semua SG tengok di lokasi-lokasi yang berasingan. Sebenarnya nak tengok terlalu dekat sangat pun memang kurang menarik sebab selain asap tebal, bila kita mendongak yang atas, yang bawah tak dapat pula nak tengok sangat. Yang pasti untuk pemandangan yang lebih menarik, eloklah berada sekita 500 meter ke 1 kilometer dari tempat pelancar bunga api ni. Setakat ni SG suka menonton di Persiaran Tasik Cyberjaya (Sek. Seri Puteri). Puas menonton, senang nak parking dan mudah nak keluar sambil tempat melepak tu landai seperti dah menonton kat granstand pula. Tak percaya, nanti persembahan terakhir cuba layan kat situ.

Bagi mereka-mereka yang kempunan nak menonton secara live depan mata, SG uploadkan gambar-gambar dan video-video untuk tatapan anda semua mengikut persembahan negara masing-masing. Untuk persembahan terakhir dari negara UAE (Dubai) pada 2 Oktober nanti, SG akan updatekan selepas persembahan. jadi tunggulah selepas 3 Oktober nanti yer..

MALAYSIA (30 Ogos 2013)
Persembahan bunga api pada kali ini dimulakan oleh pasukan dari Malaysia. Selain penghormatan sebagai tuan rumah, ia juga sempena malam ambang kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun. Jadi persembahan kali ini bermula lewat iaitu pada pukul 12:00 tengah malam.










VIDEO


KOREA SELATAN (31 OGOS 2013)
Pada persembahan kali ini SG berkesempatanlah untuk menontonnya. Cuma lokasi tu yang gak sedikit mengecewakan. Sebab dah terlambat sampai, jadi nak cari parking pun susah. Jadi landing saja ler mana yang sempat. SG menonton di sekitar Roundboard Lingkaran Gemilang Satu. Yang kecewanya bila meletup je bunga api tu, barulah perasan terlindung dengan anak bukit. Maka yang nampak bunga api yag tinggi saja le. Yang rendah nampak cahaya. Panas hati betul ler.










VIDEO


PERANCIS (13 SEPTEMBER 2013)
Persembahan kali ni pada mulanya tak planning pun SG nak datang. Tapi disebabkan urusan kat Shah Alam habis awal, maka SG tak jadilah nak balik rumah dan terus ke Putrajaya. Lokasi kali ini SG dah lepak di Persiaran Tasik Cyberjaya. Memang puas hati tengok kat sini. Cuma yang tak puas hatinya, asap tebal lambat bergerak dan bunga apinya pun halus-halus. Jadi nampak kurang menyerlah.




VIDEO


CHINA (14 SEPTEMBER 2013)
Untuk kali ni SG datang dengan isteri dan anak-anak. Lokasi tetap sama di Persiaran Tasik Cyberjaya juga berhampiran Sek. Seri Puteri. Pada malam ni hujan turun walaupun tak lebat tapi jika tak pakai payung, basah jugalah baju ni. Kesian juga kat anak-anak SG bermain hujan. Payung cuma ada satu jadi dia orang berhimpit-himpitlah nak tengok. Agak kurang selesalah jadinya. Sewaktu persembahan, sampai pula habuk-habuk belerang bunga api ni ditolak angin ke tempat kami lepak. Jadi mengosok-gosoklah mata ni dibuatnya. Tapi untuk pengetahuan anda semua, waktu hujan inilah bunga api tu nampak lebih kelihatan cantik.







VIDEO

USA (15 SEPTEMBER 2013)
Kali ni SG tak dapat nak tengok. Selain disebabkan balik kerja pukul 8 malam, anak SG yang kecil demam pula akibat dah main hujan semalamnya. Dengar cerita kawan-kawan yang pergi, mereka kata inilah persembahan paling menarik. Banyak bentuk-bentuk bunga api yang terkini. Aduhai.... terkilan rasanya. Tapi bukan SG seorng sahaja yang terkilan, rupanya ramai lagi sebab tak sangka persembahan pukul 10:00 malam. Poster sebelum ini kata jam 12 tengah malam, jadi dia orang taklah tergesa-gesa nak pergi tengok. Tau-tau, dah meletup je. Apa nak buat, seminggu terakhir jadual berubah. SG tau pun sebab SG ikut page FB Perbadanan Putrajaya.




VIDEO


UAE -DUBAI (2 OKTOBER 2013)

*Update 03 Oktober 2013

Macam biasa peluang keemasan untuk melihat persembahan terakhir dari UAE ini sememangnya SG tak lepaskan. Jam 9:45 malam SG dah terpacak di Persiaran Tasik Cyberjaya. Ingatkan bila show ni pada hari bekerja tak ramailah yang datang, rupanya silap. Memang ramai yang menonton pada malam itu. Pada malam terakhir ini, ada juga sesuatu yang menarik dan juga yang menduka citakan. Yang menariknya pasukan Malaysia telah pun diistiharkan sebagai Juara. Tahniah di ucapkan walaupun ramai sebenarnya mempertikaikan keputusan tersebut. Rupanya ramai juga yang sependapat dengan SG dan kawan-kawan SG ni. Persembahan dari pasuka USA sebenarnyalah paling menyerlah. Tapi tak tahulah bagaimana cara mereka menilai. So siapa pun yang menang, ada SG kesah.

Yang mendua citakan, ada percikan bunga api dari pasukan UAE ini lambat padam dan telah menyebabkan kebakaran berlaku dikawasan belukar di sisiran tasik Presint 4. Dengar cerita kebakaran tu berlaku ketika persembahan pasukan UAE hampir kepenghujungnya. Walaubagaimanapun api dapat dikawal dari merebak sekitar jam 12:00 tengah malam. Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bila dah habis sahaja show dari UAE @ Dubai ni, maka semua pengunjung pun berpusu-pusulah balik. Selepas 15 minit, tiba-tiba ada pula last show bunga api di majlis pengumuman pemenang. Apalagi, pengunjung-pengunjung yang masih terperangkap dalam kesesakan ni, dengan selamba je keluar kereta layan show. Siap ada yang panjat kereta lagi tu. hehehhe. Tapi tak lama mana pun show ni. Adalah dalam 5 minit. Apapun pertandingan kali ini diharapkan bukanlah kali terakhir diadakan di Putrajaya ini. Harapnya tahun depan ada lagi.






VIDEO


Share this article :

6 comments:

  1. salam SG..hi...ruginya tak pergi semalam....:(

    dapat tgk yg malam merdeka from malaysia tu jer..heheh..tapi still dapat tgk kat sini..thnks for upload...;)

    ReplyDelete
  2. memang untung sape dok area PJ . tu laa rasa nak pindah jee IPG dok area2 situ :D

    ReplyDelete
  3. wowww...syok ni kalau tgok scara live =) sangat cantik..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger