Sekembalinya beberapa pemain utama Liverpool dari kem PLKN (perlawanan antarabangsa) sedikit sebanyak mengundang gusar kepada kita bahkan pengurus Branden Rodgers sendiri. Kecederaan yang bakal dibawa pulang oleh pemain-pemain telah menghantui setiap pasukan yang melepaskan pemain mereka untuk tugasan antarabangsa. Tapi yang baiknya untuk tugasan kali ini, mereka pulang tanpa sebarang kecederaan yang bakal merencatkan percaturan BR.
Sebenarnya cuti panjang dari sebarang perlawanan liga adakalanya membantutkan perkembangan pasukan yang sedang bersemangat menguasai liga. Ada yang bernasib baik juga, pasukan mereka tetap stabil seperti sebelum bercuti bahkan ada juga yang meletop seperti mendapat tonik untuk membaham pasukan lawan. Perkara begini sememangnya 50-50 bakal berlaku walaupun kecergasan pemain ada tahap 100%. Disaat Liverpool yng cemerlang diperingkat awal, sudah pastiya setiap pasukan akan bermati-matian untuk memusnahkan rekod tanpa kalah serta tanpa bolos pasukan Liverpool.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini musim lalu boleh dikatakan seimbang. Dalam perlawanan liga Liverpool seri tanpa jaringan di Liberty Stadium sebelum membaham Swansea 5-0 di Anfield. Malangnya Liverpool tewas kepada Swansea 1-3 di pusingan ke-4 piala Capital One di Anfield dan membuatkan Liverpool tersingkir awal dari kejohanan.
Pasukan Swansea pada perigkat awal agak tenggelam. Ini amat mengejutkan kita kerana mengikut rekod perlawanan pra musim, Swansea menang kesemua perlawanan tersebut dan kebanyakkan mereka kenduri gol. Tetapi setelah perlawanan sebenar berlangsung, mereka gagal mempertahankan momentum tersebut dimana mereka hanya mampu menang sekali dan selebihnya kalah dalam tiga perlawanan awal liga. Kepenatan mengharungi perlawanan piala Eropah mungkin adalah faktor pasukan ini terumbang ambing dan menduduki tangga ke-3 paling bawah liga ketika ini.
Dipihak Livepool pula, kehilangan dua tonggak pertahanan Toure dan Johnson yang cedera sememangnya telah lama menyedihkann kita. Walaubagaimanapun kita masih mampu tersenyum kerana BR telah pun membuat persiapan awal dengan meramaikan calon pertahanan yang baru. Kekosongan yang ditinggalkan Toure masih lagi boleh digalas oleh Skrtel, Sakho dan juga Tiago Ilori. Begitu juga posisi Johnson, pilihan sudah pastinya akan diberikan kepada Wisdom dan kemungkinan juga Kelly jika beliau 100% cergas. Gandingan Gerrard dan Lucas tidak boleh dinafikan lagi untuk mengemudi bahagian tengah sementara Henderson dan Coutinho juga mengekalkan posisi mereka untuk bermain dibahagian sayap. Sturridge yang tidak bermain pada perlawanan antarabangsa tempoh hari terus menerajui barisan serangan dan berkemungkinan akan digandingkan bersama Moses ataupun Aspas.
Walaupun terumbang ambing, Liverpool juga harus berhati-hati dengan kelicikkan Swansea. Kehadiran Winfred dan juga Michu pasti akan memainkan peranan penting untuk pasukannya disamping kelibat bekas pemain Liverpool Jonjo Shelvey yang ingin membalas dendam diatas penjualan dirinya. Ketidak puas hatinya pengurus Swansea Michael Laudrup terhadap Liverpool yang tidak membenarkan Sturridge bermain dalam perlawanan antarabangsa menunjukkan bayang-bayang Sturridge mula ditakuti oleh mana-mana pasukan jika beliau pulih dan boleh bermain.
Jaringan gol awal sudah pastinya menjadi harapan kita sebelum menambah jaringan bagi memecah kebuntuan 1 gol yang mampu dijaringkan dalam setiap perlawanan sebelum ini. Bahagian pertahanan Swansea yang sedikit goyah seharusnya digunakan sebaiknya oleh pemain-pemain Liverpool untuk mengempur gawang mereka. Apapun, terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos serta terus menerajui liga adalah matlamat utama yang perlu dilakukan. Adakah anda yakin Liverpool mampu melakukannya. YNWA
SWANSEA CITY vs LIVERPOOL
(Game 4 | Barclays Premier League 2013/14)
Venue : Liberty Stadium
Tarikh : 17 September 2013 | Selasa
Waktu : 03:00 pagi
Chnnel : Astro [CH810] | [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !