Malam ini Liverpool akan menerima kunjungan pula pasukan kerdil Southampton. Tetapi AWAS!!! Jangan memandang rendah terhadap pasukan ini kerana ia mampu memakan diri sendiri. Perlawanan menentang pasukan kelas bawahan ini sebenarnya tidaklah mudah seperti yang dijangka. Lagi-lagi dengan semangat tinggi setiap pasukan musuh untuk cuba menghapuskan rekod tanpa kalah yang masih dipegang oleh Liverpool sehingga kini. Jadi setiap perlawanan adalah seperti perlawanan akhir bagi menjamin kemenangan milik Liverpool berterusan.
Berada di puncak tahta dengan masih memegang rekod tanpa kalah sudah pasti menjadi tugas berat untuk pemain-pemain Liverpool mempertahankannya. Adakalanya saya lebih gemar menjadi pasukan mengejar dari pasukan dikejar kerana bukan sahaja Liverpool perlu mempertahankan kedudukan, malah moral pemain juga haruslah berada pada tahap 100% tenang dan lebih bersedia. Jika dikaji pada corak permainan Liverpool dalam 4 perlawanan liga dan 1 perlawanan piala Capital One sebelum ini, walaupun tidak kalah sebenarnya Liverpool masih lagi bermain pada tahap yang lemah. Ini kerana Liverpool hanya menggunakan sepenuh tenaga untuk menyerang pada separuh masa pertama sahaja berbanding separuh masa kedua yang lebih banyak bertahan. Lihat sahaja bagaimana Liverpool boleh dimalukan pada separuh masa kedua oleh dua pasukan Swansea (liga) dan Notts County (Capital One) yang berjaya menyamakan kedudukan. Tidakkah ia sesuatu malapetaka seandainya corak permainan ini terus dipersembahkan.
Rekod pertemuan Liverpool dengan pasukan Southampton musim lalu ini sebenarnya tidaklah begitu menggembirakan kita. Walaupun Liverpool berjaya memenangi perlawanan di Anfield dengan keputusan 1-0, tetapi harus diingat bagaimana pula Liverpool dilibas di St Mary's dengan keputusan 3-1. Tidakkah ia sepatutnya menjadi pengajaran besar buat pasukan kita ini. Southampton yang menduduki tangga ke-11 hasil dari 1 kemenangan, 2 seri serta 1 kalah telah berjaya memperolehi 5 mata boleh dianggap mampu untuk menggugat kedudukan Liverpool.
Tanpa Luis Suarez yang masih dalam pengantungan terakhir, Johnson dan Coutinho yang MC panjang serta Agger yang masih 50-50 boleh bermain, BR perlu membuat percaturan yang lebih baik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka ini. Bahagian pertahanan, Enrique sudah pasti tidak akan dicabar posisinya. Begitu juga Skrtel yang pasti terus mendapat kepercayaan dan seandainya Agger masih tidak boleh bermain, Sakho yang beraksi cemerlang pada perlawanan lalu pasti akan diberi peluang. Posisi Johnson ada lebih baiknya diberikan kepada Toure berbanding Wisdom yang nampak sedikit gugup pada perlawanan lalu.
Bahagian tengah sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi antara Lucas dan Gerrard melainkan Allen diberi peluang untuk merehatkan Lucas. Posisi sayap kiri ketika ini nampak lebih selesa diberi kepada Moses yang bermain cantik tempoh hari. Bagaimanapun ketiadaan Coutinho akan membuatkan BR bakal meletakkan Aspas atau Alberto mengantikan posisinya disamping Henderson bermain diposisi kebiasaannya sayap kanan. Bagi saya sebaiknya diberi peluang kepada Alberto untuk diturunkan pada separuh masa dan kemudiannya barulah Aspas dimasukkan pada separuh masa kedua. Penyerang tunggal sudah pastinya milik top scorer Liverpool Sturridge.
Secara keseluruhannya Liverpool perlu menggandakan serangan dalam setiap minit perlawanan bagi memastikan jaringan lebih dari apa yang diperolehi sebelum ini. Komitmen dan kecergasan 100% harus ada untuk bersama-sama menyerang dan bersama-sama pantas bertahan. Kadangkala timbul kerisauan apabila semua pertahanan berada dipetak penalti lawan sewaktu tendangan sudut atau tendangan percuma meninggalkan Enrique berseorangan dibawah. Seandainya terjadi serangan balas sepantas kilat dan pemain lambat bertahan, kita sendiri pasti tau apa risikonya. Harap-harap pemain bersedia diatas sebarang kemungkinan dan minimumkan kesilapan. Mencari rekod kemenangan ke-400 dalam liga Barclays dan mempertahankan kedudukan pastinya pemain-pemain Liverpool mampu melakukannya. Tunggu dan lihat....... YNWA.
LIVERPOOL vs SOUTHAMPTON
(Game 5 | Barclays Premier League 2013/14)
Venue : Anfield Stadium
Tarikh : 21 September 2013 | Sabtu
Waktu : 10:00 malam
Channel : Astro [CH812] | [CH832 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !