Pada perlawanan ini Liverpool terpaksa berhempas pulas bermain selama 120 minit sebelum menang 4-2 ke atas pasukan division satu Notts County. Perlawanan yang sepatutnya boleh dihabiskan setakat 90 minit sahaja, terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit untuk menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya.
Notts County : Bialkowski, Dumbuya, Stevens, Liddle, Smith, McGregor, Bell, Labadie, Campbell-Ryce, Fotheringham, Arquin
SEPARUH MASA PERTAMA
Seawal minit ke-4 lagi Sterling sudah membawa Liverpool untuk mendahului dengan 1-0. Gerakkan solonya sebelum melepaskan rembatan kencang berjaya memperdayakan penjaga gol Notts County. Aly Chissokho yang telah diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama, hanya sempat bermain 9 minit sahaja sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. Tempatnya digantikan oleh Daniel Agger. Sememangnya separuh masa Liverpool menguasai keseluruhan permainan. Aksi permainan pantas yang dipamerkan membuatkan pemain-pemain Notts tidak senang duduk. percubaan demi percubaan berjaya dicipta dan hasilnya pada minit ke 29, Daniel Sturridge berjaya menambah lagi jaringan untuk menjadikan 2-0. Liverpool sepatutnya selesa pada separuh masa ini, malangnya tandukan Agger dan tendangan Gerrard pula terkena tiang sebelum melantun kembali kekawasan permainan. Persembahan Sterling pada perlawanan ini sungguh memukau. Selain menjaringkan gol, beliau banyak menguasai bola untuk mencipta peluang serta membuat beberapa percubaan merbahaya.
SEPARUH MASA KEDUA
Bersambung babak kedua selepas rehat, tiba-tiba sahaja pemain-pemain Notts County mendapat semangat baru. Seperti disuntik dadah, mereka mula mendominasi serangan di setiap sudut. Disebabkan kealpaan barisan pertahanan yang juga cuba membantu barisan serangan menyerang, Liverpool dihukum dengan dua jaringan counter attack yang tidak disangka-sangka. Sifat berpoya-poya apabila mendahului sememangya suatu perkara yang tidak sepatutnya berulang kembali. Terikat 2-2 Liverpool terpaksa menambahkan keletihan untuk bermain dimasa tambahan.
MASA TAMBAHAN
Seperti biasa bermain lebih dari 90 minit sememangnya akan membuatkan pemain-pemai pancit serta kekejangan otot melanda. Begitulah yang terjadi kepada Kolo Toure meyebabkan beliau diusung keluar. Yang lebih malang lagi terkeluarnya Toure membuatkan Liverpool terpaksa bermain 10 orang akibat BR sudah melakukan 3 pertukaran sebelum ini. Seperti nampak nasib kekalahan bakal menimpa, Sturridge hadir menambahkan koleksi jaringan peribadinya untuk membawa Liverpool kembali mendahului dengan 3-2 diminit-minit terakhir separuh masa tambahan. Bertukar padang, perlawanan semakin rancak. Walaupun bermain 10 orang iverpool masih lagi mampu untuk membuat serangan dan bertahan apabila diserang hendap. Jordan Henderson pula berjaya menambah gol untuk Liverpool menjadikan kedudukan 4-2. Gerakan solo yang pantas berjaya mengatasi pemain pertahanan sebelum menolak masuk menewaskan penjaga gol Notts. Keputusan 4-2 kekal hingga tamat perlawanan.
KESIMPULAN.
Liverpool terpaksa membayar dengan harga yang mahal untuk memenang perlawanan ini. Selain dipaksa bermain selama 120 minit, Liverpool hilang tiga tonggak akibat kecederaan.
- Kolo Toure ~ 4-5 Minggu (Groin Muscle Torn)
- Joe Allen ~ 2-3 Minggu (Hamstring Strain)
- Aly Cissokho ~ 1-2 Minggu ( Ankle)
Selain itu kepenatan dan keletihan bermain 120 minit bakal menjejaskan sedikit persediaan bagi menghadapi perlawanan besar bertemu Manchester United pada hari Ahad nanti. Apapun harapannya BR mempunya perancangan yang rapi bagi menghadapai musuh tradisi di Anfield nanti. Rehat 4 hari sebelum perlawanan mampu mengembalikan kecergasan sepenuhnya kepada pemain-pemain kita. Semoga Liverpool mampu meneruskan kecemerlangannya. YNWA.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !