Headlines News :
.
Home » , , , » Piala Malaysia 2013 (Game 2) - Selangor 2-3 ATM

Piala Malaysia 2013 (Game 2) - Selangor 2-3 ATM

Written By Unknown on Sunday, August 25, 2013 | 12:21


Jika nak komen mengenai perlawanan diantara pasukan Selangor dengan pasukan ATM malam tadi, memang berbakul-bakul rasanya nak komen dan caci maki. Tetapi sebagai peminat setia Red Giant dan pemerhati bebas bola sepak, maka semua itu sekadar simpan sahaja didalam hati. Cukuplah meluahkan mana yang patut dan sesuai untuk tatapan umum.

Bermain di gelanggang sendiri sepatutnya Selangor menggunakan kesempatan untuk meraih tiga mata penuh. Malangnya tiga mata yang dicari pun tak dapat, apakan lagi satu mata. Akhirnya telor juga hadiah yang dapat diatas kelalaian dan permainan lemah yang dipersembahkan. Dalam aksi-aksi semalam, tidak nampak pun tahap kecergasan pemain Selangor mencapai 100%. Bermain seperti dalam perlawanan amal membuatkan ATM menghukum permainan main-main kesebelasan utama Selangor.

Pemain-pemain ATM sememangnya layak untuk mendapat pujian. Menggunakan Marlon Alex James di bahagian serangan, mereka pantas membuat serangan untuk mengumpan kepada beliau bagi mencipta ruang kepada rakan lain. Tidak cukup dengan itu, pemain-pemain ATM juga pantas turun berkubu apabila diserang kembali. Walaupun cara ATM bertahan dengan membawa bas yakni berkampung sampai 9 pemain dalam kotak penalti hingga tiada ruang langsung untuk pasukan Selangor membuat percubaan, tetapi itulah antara strategi bolasepak apabila sudah mendahului pasukan lawan. Sebaliknya Selangor seperti hilang punca dengan permainan ATM ini.

Selangor lebih banyak mengamalkan permainan susah dengan pergerakan solo setiap pemain berbanding ATM yang menggunakan sistem mudah touch and move membuatkan bahagian pertahanan Selangor kucar kacir. Lihat sahaja gol kedua ATM yang dijaringkan oleh Fitri Omar tersebut. Gerakan satu dua diantara Fitri, Khairuddin Omar dan Marlon memudahkan kembali Fitri untuk menyudahkan peluang yang terhidang. Bukankah mudah dan lebih menyerlah jika Selangor mengamalkan corak seperti ini.

Selepas mengharungi dua perlawanan peringkat Kumpulan A ini, Selangor kini menduduki tangga tercorot kumpulan A dengan hanya mengutip 1 mata. Berbaki 4 perlawanan, mampukah Selangor bangkit untuk menempah tempat secara automatik ke suku akhir nanti. Jika Irfan dan anak-anak buahnya masih mengamalkan permainan sedemikian, maka MISI 33 tak perlulah untuk diangan-angankan lagi. Perubahan harus dilakukan. Ayuh Red Giant bangkitlah dari lamunan.




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger