Headlines News :
.
Home » , » Aku dan Aidilfitri 2013 (1434H)

Aku dan Aidilfitri 2013 (1434H)

Written By Unknown on Saturday, August 10, 2013 | 01:42


Selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kini Aidilfitri muncul kembali. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru je seminggu berpuasa tiba-tiba dah hari raya. Tapi elok jugakan hari raya ni cepat. Kalau tidak asyik nak shopping je. Persiapan macam rasa tak cukup je memanjang. Dipendekkan cerita selagi tak raya, selagi tu ler duit mengalir keluar macam air. aduhaiiii.

SG sekeluarga serba merah Liverpool

Hari raya tahun ni adalah raya pertama bagi anak bujang SG "Hadif Ihtisyam". Anak bujang yang baru berumur 10 bulan ini pasti belum mengerti apa itu hari raya, tapi bagi SG sekeluarga kelahiran bujang yang seorang ni sememangnya hadiah istimewa dari Allah dalam menyambut Syawal yang mulia ini. Walaupun adakalanya letih melayan kerenahnya, tapi disebaliknya kegembiraan terpancar diatas kurniaan Allah yang tidak terhingga ini.

Diam-diam ini tahun kedua SG beraya tanpa bayangan ibu kandung. Mungkin kurang sedikit terasa berbanding tahun lalu tetapi bila dalam sibuk-sibuk membuat persiapan terkenang juga kelibat ibunda disisi. Seperti biasa menganyam ketupat ni memang part SG le setiap tahun. Walaupun adakalanya isteri menolong, tapi SG tak galakkan pun dia menolong. Banyak lagi bahagian isteri yang belum siap. Jadi bahagi-bahagilah tugas tu. Bila malam-malam buta menganyam ketupat seorang diri ni, memang terang-terang teringatkan arwah emak membantu menganyam sama. Memang dulu sewaktu arwahnya ada, memang dialah sahabat SG berborak sambil tangan ligat mengerjakan daun kelapa tu. So bila seorang diri buat kerja memang rasa sedih sangat hati ni.

Hanya 4 keluarga sahaja dapat bersama dihari raya pertama. Lagi 4 keluarga tersangkut dirumah mertua masing2

Last day puasa tu, SG rasa masa betul-betul mencemburui SG sekeluarga. Dari lepas bersahur, sampailah tengah malam raya, langsung tiada rehat. Macam-macam benda nak kena buat. Padahal rasanya tu semua memang perkara yang sama dibuat setiap tahun. Selalunya pukul 10 malam, SG dah siap prepair semua. Dah boleh melepak-lepak dengan kawan-kawan kat luar. Tapi kali ni memang tak cukup masa. Walaupun dapat juga bantuan adik beradik yang dah mula berkampung dirumah, penat tu jangan cakap ler. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

SG dan HADIF

Bab tragedi kali ni pun ada gak yang tak sedap mata memandang. Rebus ketupat hampir 70% reject. ketupat kebanyakkannya dah jadi "incredible hulk". terisi lebih muatan atau sebab guna beras lain dari yang biasa gunakan, SG pun tak tahu. Ayah SG pun diam je sebab dia pun ikut join gak isi beras dalam sarung tu. Mungkin beras siam ni kembang 10 kali ganda dari biasa kot. itu yang menyebabkan nasi dah tak bersarung ketupat. Kalau bernama ketupat pun rasa dah macam batu je. keras tak seperti biasa.


Isteri dan Hadif

Tragedi lain pula, memang kebiasaanya hari terakhir puasa selepas memasak juadah raya ni, SG akan hantar juadah dan berbuka puasa dirumah bapa mertua di Jenjarum. Bukan jauh manapun, lebih kurang 15-20 minit je. Bapa mertua tahun ni memang keuzurannya sudah tahap maksimum. Selepas jatuh dibilik air sebelum puasa dulu, sampai sekarang terbaring je. Makan minum mandi dan segalanya di lakukan oleh anak-anaknya yang duduk berhampiran. Malam raya tu keadaannya memang nampak kritikal. Badannya dah mula sejuk membuatkan kami berpakat menyuruh abang ipar SG menghantarnya ke Klinik di Teluk Panglima Garang. SG kena balik rumah kembali sebab tugas kat rumah pun tak siap-siap. Rupanya doktor mengarahkan supaya dibawa ke HTAR Klang. Kata doktor jantung dan usus bapa mertua ni dah bengkak. jadi sebelum terjadi perkara yang tak baik, cepat-cepat pergi ke HTAR. Sebelum subuh bapa mertua dibenarkan balik selepas keputusan darah diperolehi. Tapi dari segi percakapan doktor nampak seperti ayat-ayat penyedap rasa. Maka abang-abang ipar SG pun membawa baliklah kerumah. Jadi bila dirumah maka seluruh anak beranak memang terbantutlah untuk berhari raya. kena jaga bapa mertua sambil melayan tetamu yang datang.

Sara (anak SG no.2) dan adiknya

Bagi SG nasib baiklah hari raya pertama kami dah beraya beberapa buah rumah saudara mara sebelah SG. Jadi semangat anak-anak SG nak pakai baju baru tu terlaksana jugalah walaupun beberapa helai lagi belum boleh untuk dipakai lagi. Bila dah turn balik rumah bapa mertua maka memang nak beraya tu memang tak dapatlah. Isteri 100% komitmen untuk ayahnya. Sayu je SG tengok wajah anak-anak SG. Sabar je ler, rayakan sebulan. Banyak lagi hari boleh bergaya dengan baju-baju tu. Ni baru hari raya kedua setakat SG menulis artikel ni. Ikut plan sampai hari raya keempat SG di rumah mertua. Lagipun malam hari raya kedua SG dah kena kerja. Jadi kalau tak beraya tu, boleh ler merehatkan mata disiang hari. Harapannya semoga bapa mertua SG sempat sembuh. Walaupun untuk sembuh tu hanya 20%, tapi tuhan itu maha berkuasa. Segalanya akan berlaku dengan keizinannya.

Comelkan Hadif

Ohh yer masih belum terlambat lagikan untuk SG mengucapkan selamat Hari raya Aidilfitri untuk semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Halalkan makan minum, yang terkutuk serta segala-galanya yang telah mengguriskan hati anda sekelian. Semoga kalian bergembira dihari lebaran ini. Syukur diatas rahmatnya... Jumpa lagi dilain ruangan.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger