Headlines News :
.
Home » , , , » Steven Gerrard Testimonial - Liverpool 2-0 Olympiacos

Steven Gerrard Testimonial - Liverpool 2-0 Olympiacos

Written By Unknown on Saturday, August 3, 2013 | 23:00


Salam sejahtera kepada semua peminat Liverpool FC tanpa mengira dimana jua anda berada. Ketika semua umat Islam disemenanjung Malaysia sedang sibuk menikmati juadah berbuka puasa tadi, serentak dengan itu jugalah berlangsungnya perlawanan persahabatan pasukan Liverpool yang ke 5 bagi pra musim 2013/2014 ini. Perlawanan persahabatan atau dikenali "Steven Gerrard Testimonial" ini berlangsung di Anfield dan pasukan yang menjadi pilihan kali ini ialah pasukan Olympiacos dari Greece.

Mengapa perlawanan ini dinamakan "Steven Gerrard Testimonial"?. Tujuan utama perlawanan ini dinamakan sedemikian ialah kerana bagi mengenang jasa, komitmen dan kesetiaan Abang Long Gerrard di kelab Liverpool FC. Yang lebih menariknya segala hasil dalam perlawanan ini akan didermakan ke Steven Gerrard Foundation, sebuah badan kebajikan yang mengutamakan kanak-kanak muda dan tidak bernasib baik manakala Olympiacos juga akan menderma bayaran mereka ke pusat komuniti di Greece.


Yang kurang menariknya Rumor pemain-pemain jemputan yang bakal menjadi pilihan Gerrard pada perlawanan ini hanyalah indah khabar dari rupa. Jika sebelum ini kita dikhabarkan bahawa pemain seperti Reina/Kirkland, Finnan, Carragher, Hyypia, Alonso, Murphy, Kuyt, Suarez, Garcia, Mc Alister, Owen/Torres dan Fowler akan beraksi, malangnya hanya Carragher dan Fowler sahaja yang tersenarai dan bermain pada malam ini.

60 minit awal, Liverpool telah menurunkan pemain skuad utama yang boleh dikatakan diantara dalam rancangan kesebelasan utama Branden Rodgers untuk musim ini. Perlawanan separuh masa sememangnya didominasikan oleh pemain-pemain Liverpool. Beberapa percubaan telah berjaya dicipta dan pada minit 23 percubaan Iago Aspas yang menjangkaui penjaga gol Olympiacos berjaya disudahkan oleh Joe Allen untuk Liverpool mendahului dengan 1-0. Seterusnya perlawanan semakin rancak dan Liverpool kerap menggandakan usaha membuat serangan. Walaubagaimanapun kawalan kemas pemain-pemain pertahanan Olympiacos berjaya mengekang kemaraan jentera serangan Liverpool yang diketuai Iago Alpas.


LIV 1-0 OLI by Samuyamismo

Selepas 60 minit perlawanan berlangsung Rodgers mula membuat 3 pertukaran pemain serentak. Memasukkan Carragher, Henderson dan Suarez untuk mengantikan Kolo Toure, Joe Allen dan Iago Alpas nampaknya membuahkan hasil. Gerakkan dan lorongan cantik dari Raheem  Sterling kepada Henderson berjaya disudahkan melalui satu sentuhan pertama selepas Hnederson dimasukkan. Keputusan berubah lagi menjadikan Liverpool 2-0 Olympiacos.


Dengan berada didalam keduduakn yang selesa, Rodgers sekali lagi telah membuat pertukaran pemain. Kali ini dua pemain menjadi pilihan untuk dimasukkan. Mereka ialah Luis Alberto menggantikan Coutinho dan Robbie Fowler menggantikan Sterling dan pada penghujung perlawanan Gerrard dan Mignolet pula dikeluarkan bagi diganti oleh Jay Spearing dan Brad Jones. Sehingga tamat perlawanan, keputusan masih kekal dengan Liverpool memenangi perlawanan amal ini dengan keputusan 2-0.

Kesimpulannya, selepas mengharungi 5 perlawanan persahabatan, Gawang Liverpool yang dikemudi oleh Simon Mignolet dan Brad Jones masih lagi kebal tanpa sebarang bolos dan 13 gol telah berjaya dijaringkan oleh pemain-pemain. Keputusan awal yang cukup membanggakan buat kita sebagai persediaan mantap sebelum berlangsungnya perlawanan sebenar. Diharap pemain-pemain Liverpool dapat mempertahankan dan meningkatkan prestasi untuk mendapatkan tahap terbaik dalam mengharungi perlawanan sebenar nanti. YNWA.

















Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger