Mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, bukanlah satu jaminan bahawa Liverpool akan mudah untuk membenam cabaran Manchester United. Walaupun pasukan Red Devil ini sudah bertukar pengurus, kemantapan pasukan mereka ini kelihatan masih utuh untuk menjadi pesaing utama kejuaraan liga. Dalam dua perlawanan yang mereka lalui, Manchester United telah berjaya membenam cabaran Swansea dengan keputusan 4-1 sebelum terikat 0-0 dengan pasukan Chelsea. Jika dilihat persembahan mereka ketika menentang Chelsea tempoh hari, sememangnya tentangan anak-anak buah David Moyes ini lebih hebat berbanding pemain-pemain Chelsea. Disini kita dapat menilai bahawa Manchester United dulu dan kini tetap sama walaupun dengan ketiadaan Alex Furgeson.
Seperti yang kita ketahui, ketika ini kem Liverpool sedang dilanda kecederaan pemain-pemainnya. Selain Coates yang berehat panjang, tiga pemain sekali gus tercedera ketika perlawanan menentang Notts County dalam perlawanan Capital One Cup tempoh hari. Aly Cissokho, Joe Allen dan Kolo Toure terpaksa dibawa keluar pada perlawanan tersebut. Mungkin sedikit berita yang boleh dianggap mengembirakan dimana Kolo Toure sudah kembali cergas untuk diturunkan pada perlawanan malam nanti. Walaubagaimanapun peluang Martin Skrtel lebih cerah untuk bergandingan dengan Agger walaupun dengar khabarnya beliau masih belum cergas 100%. Keadaan begini yang sebenarnya paling membimbangkan kita. Mengalas pertahanan tengah bagi menentang pasukan hebat sememangnya amat sukar untuk dilepaskan kepada pemain-pemain muda yang agak kurang berpengalaman. Apapun kita tunggu siapakah gandingan Agger diposisi pertahanan tengah yang bakal diturunkan oleh BR nnti.
Kepenatan bermain 120 minit ketika menentang Notts County pastinya masih dirasai oleh pemain-peman Liverpool. Tapi kita percaya bahawa perlawanan yang padat dan meletihkan adakalanya membantu pasukan untuk lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya. Iago Aspas yang tidak diturunkan pada perlawanan menentang Notts, pastinya akan digandingkan semula bersama Sturridge. Selain itu Lucas Leiva yang juga direhatkan akan mengambil semula posisi kegemarannya itu. Secara keseluruhan Liverpool masih menggunakan kesebelasan utamanya seperti ketika menentang Aston Villa lalu dan hanya perubahan akan berlaku diposisi pertahanan tengah dimana Skrtel akan diberi tauliah. Walaupun adakalanya kita masih meragui kemampuan Skrtel yang sering membuat kesilapan, tetapi jangan dilupa kebolehan tandukan beliau yang sering mengegar jaring lawan.
Kesimpulannya Liverpool harus lebih berwaspada dengan gandingan pemain bintang Red Devil ini. Mengekang pergerakkan Rooney dan Van Persie pastinya akan dapat melemahkan jentera serangan Manchester United. Perasaan mudah selesa apabila mendahului sewajibnya dibuang jauh-jauh bagi mengelakkan kisah lama berulang kembali. Sekirannya Liverpool menang pada perlawanan ini dan Tottenham hanya menang tipis terhadap Arsenal, maka buat pertama kali setelah sekian lamanya Liverpool akan berada diatas puncak liga. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku malam nanti. Harap-harap menjadi kenyataan. YNWA
LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED
(Game 3 | Barclays Premier League 2013/14)
Tarikh : 01 September 2013 | Ahad
Waktu : 08:30 malam
Venue : Stadium Anfield
Live Channel : Astro CH 812 / CH 832 (HD)
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !