Jika mengikut perkiraan matematik, Selangor masih lagi mampu untuk meneruskan saingan seandainya menang kedua-dua baki perlawanan disamping mengharapkan ATM dan Sime Darby mengutip mata paling minimum iaitu kalah kesemua perlawanan. Tetapi ia adalah sesutu yang luar biasa dan amat ajaib seandainya benar-benar berlaku.
Dalam perlawanan ini Selangor terlebih dahulu mendahului Sime Darby apabila peyerang importnya Forkey Doe berjaya menjaringkan gol di minit-minit terakhir separuh masa pertama. Walaubagaimanapun Sime Darby berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 79 hasil jaringan ayam tambatan mereka Karlo Primorac. Sepatutnya Sime Darby berhak memenangi perlawanan ini dimana sebelum jaringa penyamaan dibuat, mereka terlebih dahulu telah menjaringkan gol pada minit ke 75. Malangnya gol tersebut tidak diterima oleh pengadil kerana mendapati ada kekasaran berlaku terhadap pemain Selangor.
Selepas ini Piala Malaysia akan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada kejohanan Pesta Bola Merdeka dilangsungkan di Stadium Darul Makmur. Baki dua perlawanan akan disambung kembali pada 17 September 2013 dimana Selangor akan bertandang ke stadium MP Selayang bertemu ATM sebelum kembali ke Shah Alam bertemu Johor FA untuk melengkapkan jadual peringkat kumpulan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !