Headlines News :
.
Home » , , , » Preview : Piala Malaysia 2013 (Game 5) - ATM vs Selangor

Preview : Piala Malaysia 2013 (Game 5) - ATM vs Selangor

Written By Unknown on Monday, September 16, 2013 | 20:01


Dua minggu rehat sempena memberi laluan kepada kejohanan Pesta Bola Merdeka yag diadakan di Kuantan seharusnya dimanfaatka dengan sebaik mungkin oleh pasukan Selangor. Walaupun ada sebilangan pemain terbabit dalam kojohanan serta perlawanan persahabatan antarabangsa skuad senior, tetapi itu bukan alasan untuk mereka tampil dengan semangat baru dalam mencipta keajaiban.

Mungkin ramai yang berkata bahawa Selangor sudah boleh melupakan Piala Malaysia tahun 2013 ini. Mengharapkan kutipan mata paling minimum untuk ketiga-tiga pasukan Johor FA, ATM dan Sime Darby bukanlah sesuatu yang boleh menjadi kenyataan. Hanya 10% tuah boleh menyebelahi selangor dan selebihnya Selangor boleh memikirkan untuk perancangan musim depan berbanding sekarang.

Seperti yang diperkatakan, permulaan selepas pulang bercuti panjang untuk jadual antarabangsa adakalanya membantutkan perancangan pasukan. Jika bernasib baik, sebelum cuti pasukannya malap, selepas cuti boleh pula bangkit dan menyerlah. Tetapi adakalannya juga dari mantap sebelum cuti, jatuh merundum selepas bercuti. Itulah bola sepak yang sukar untuk diramal melainkan kaki bookie dah masuk campur tangan. Bola itu bulatkan, kemana-mana sahaja dia bergolek selagi pengadil tidak meniup wisel penamat 90 minit.

Jadi harapnya sisa-sisa harapan yang ada ni dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan Selangor. Apa guna mengharapkann pasukan lain mengutip mata paling minimum tapi pasukan sendiri langsung tidak mampu mengutip sebarang mata. Ibarat seperti angan-angan Mat Jenin. Harapan ada, tapi usaha tiada. Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh wahai wira-wira Red Giants.

ATM FA vs SELANGOR
(Game-5, Kumpulan A, Piala Malaysia 2013)

Venue : Stadium MP Selayang
Tarikh : 17 September 2013 | Selasa
Waktu : 08:45 malam

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger