Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 13/14 (Game 5) - Liverpool 0-1 Southampton

BPL 13/14 (Game 5) - Liverpool 0-1 Southampton

Written By Unknown on Sunday, September 22, 2013 | 01:16


Lebur sudah akhirnya rekod tanpa kalah Liverpool untuk perlawanan liga Premier musim 2013/14 ini. Hanya mampu bertahan 4 perlawanan, Liverpool gagal menggunakan kesempatan bermain di gelanggang keramat Anfield untuk mengutip walaupun sekurang-kurangnya satu mata. Itulah bolasepak, bermain dihalaman sendiri belum tentu menjamin keselesaan apatah lagi menentang pasukan cap ayam.

Badi Liverpool masih sama seperti dahulu. Kuat ketika menentang pasukan atasan tetapi lemah pula ketika bertemu pasukan kelas pertengahan. Pada perlawanan tadi kita pun tak tahu nak kata bagaimana Liverpool gagal untuk mencari gol. Liverpool nampak lebih positif berbanding sebelum ini apabila sentiasa berusaha membuat serangan dalam keseluruhan permainan.


Apa yang nampaknya, pertahanan Southampton memang solid mengawal setiap pergerakan pemain-pemain Liverpool. Memang terlalu sukar untuk penyerang-penyerang Liverpool untuk menembusi pertahanan mereka. Penjaga gol mereka boleh dikatakan jarang kena uji berbanding Mignolet. Kalau ada pun dua sepakan percuma Gerrard yang berjaya diselamatkan Boruc. Yang lainya tak nampak sangat merbahayanya percubaan Liverpool.

Penjaring terbanyak Liverpool Sturridge dikawal ketat dan sering menjadi bahan terjahan. Tanpa Coutinho sebenarnya Liverpool masih lagi mampu mengemudi serangan melalui Moses, Henderson, Sakho serta Toure. Gerrard malam ini nampak sedikit gugup dan sering membuat kesilapan kecil dalam mengawal bola. Memang tidak boleh disalahkan beliau diatas jaringan tunggal Dejan Lovren itu kerana dalam keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan bola yang sudah berada diatas garisan gol bukanya mudah. Mignolet seperti biasa terus menampilkan aksi terbaiknya dalam menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Southampton.


Pada perlawanan ini juga pertahanan kembali goyah. Membiarkan pemain-pemain Southampton membuat serangan serta sering membuat touch & back bersama Mignolet beberapa kali hampir memakan diri. Memang diakui sumbangan Sakho dan Toure terhadap barisan hadapan amat dipuji, tetapi disebalik keghairahan membantu barisan serangan, mereka juga lambat untuk kembali berkubu ketika diserang.

Secara keseluruhannya walaupun kalah, kita tetap berpuas hati dengan corak permainan pemai-pemain Liverpool. Anggap sahajalah luck tiada. Yang penting Liverpool masih berada dalam kelompok empat teratas liga. Ada lebih baiknya Liverpool menjadi pasukan mengejar berbanding pasukan yang dikejar kerana perjalanan masih terlalu jauh dan untuk sentiasa berada ditahta memerlukan komitmen serta moral yang amat tinggi dalam menghadapi itu semua. Selepas ini ayam tambatan Liverpool Luis Suarez sudah habis berpantang sudah pasti akan kembali menggegarkan penguasaan Liverpool. Sabar-sabar.. Tahun ini pasti tahun terbaik untuk pasukan kesayangan kita ini. YNWA


Liverpool : Mignolet, Sakho, Agger (Jose Enrique), Skrtel (Luis Alberto), Toure, Lucas, Henderson, Gerrard, Aspas (Raheem Sterling), Moses, Sturridge

Southampton : Boruc, Clyne, Fonte, Lovren, Shaw, Wanyama, Schneiderlin, Lallana (James Ward), Rodriguez (Jack Cork), Lambert (Steven Davis), Osvaldo



Liverpool 0-1 Southampton Highlights Watch... by teededfootball

# Kekalahan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan bersedia memperbaiki kelemahan dan kesilapan kita. Mohon lawan Manchester United awal pagi Khamis nanti tuah menyebelahi Liverpool.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger