Sememangnya kita berasa amat kecewa dengan kekalahan tersebut lagi-lagi ditangan musuh tradisi sampai mati. Yang terkilannya BR menurunkan kesebelasan pemain utama, tetapi gagal untuk menyaingi kesebelasan kedua pasukan MU. Mengapa saya kata MU itu kesebelasan keduanya?. Moyes yang telah kecewa dengan kesebelasan utamanya ketika menentang Manchester City, dengan beraninya menurunkan pemain-pemain simpanan tanpa ada kelibat Evra, Ferdinand, Vidic, Van Persie serta Young. Liverpool? Semua adalah pemain-pemain utama kecuali Suarez yang baru muncul dalam saingan untuk musim 2013/14 ini.
Mengikut perkiraan saya sebelum perlawanan, saya mengharapkan agar BR menurunkan lebih ramai pemain-pemain muda dan simpanan untuk memberi mereka lebih peluang serta merehatkan kesebelasan utama. Malangnya, sekali lagi percaturan BR gagal. Pemain Liverpool yang nampak menguasai perlawanan, tetapi jarang-jarang sekali memaksa De Gea untuk bekerja keras menyelamatkan keadaan. Pemain-pemain kita bermain seperti tak nak menang. Nampak Gerrard, Lucas dan Sturridge seperti dah pancit untuk bergerak lebih lincah. Apa guna beli ramai pemain tetapi jarang sekali untuk diturunkan.
Meletakkan Moses sebagai backup Sturridge dan Suarez di sayap kiri adalah silap. Sepatutnya Suarezlah yang menjadi backup Sturridge dan Moses disebelah sayap kiri. Suarez yang lebih gemar berada diposisi yang memberi kebebasan beliau berlegar-legar, telah kerap kali membiarkan kawasan kiri padang kosong dan hanya mengharapkan backup dari Enrique. Nasib baik pemain-pemain MU ni taklah sehebat mana. Kalau tidak, buka 1, tapi mungkin lebih habuan untuk Liverpool.
Sememangnya waktu rehat digunakan sebaiknya oleh Moyes untuk mengclorox pemain-pemainnya. Tidak sampai seminit selepas rehat, Hernandez terus berjaya menjaringkan gol hasil sepakan sudut Rooney. Gol Hernandez itu ramai yang menyalahkan Gerrard kerana gagal menanduk untuk mengeluarkan bola ke kawasan lebih selamat. Bagi saya bukan Gerrard yang patut dipersalahkan, tetapi Enrique yang gagal membuntuti Hernandez dan membiarkan beliau menolak mudah boleh ke dalam gawang gol.
Tidak mengapalah, hilang satu piala diawal musim tidak bermakna Liverpool akan gagal selamanya. Selepas menerima dua kekalahan beturut-turut sepatutnya BR sudah boleh memikirkan strategi terbaru untuk tidak membiarkan Liverpool terus hanyut kelemasan. Jangan biarkan ia menjadi barah untuk merencatkan kebangkitan Liverpool musim ini. Harap pertemuan menentang Sunderland nanti Liverpool mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. YNWA.
Manchester United 1-0 Liverpool 25.09 ourmatch.net by ourmatch
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !