Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 13/14 (Game 4) - Swansea City 2-2 Liverpool

BPL 13/14 (Game 4) - Swansea City 2-2 Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, September 17, 2013 | 13:47


Keputusan seri 2-2 pada perlawanan menentang Swansea awal pagi tadi adalah lebih baik daripada kalah. Bagi yang menyaksikan perlawanan ini pasti akan menyokong kata-kata saya. Bukan hendak merendah-rendahkan permainan pasukan Liverpool, tetapi itulah realitinya apabila beberapa percaturan BR yang telah memakan diri sendiri.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, cuti rehat panjang tidak semestinya akan memberi kelebihan walaupun kecergasan pemain ditahap 100%, tetapi adakalanya mutu permainan menjadi lebih buruk daripada asal. Lihat sahaja apa yang terjadi pada perlawanan ini. Pemain-pemain Liverpool gagal mengekang asakan pihak lawan yang dikemudi oleh Michu, Wilfried Bony serta Jonjo Shelvey. Ia bertambah parah pada separuh masa kedua selepas Coutinho dikeluarkan kerana cedera, bahagian tengah yang dikemudi oleh Lucas dan Gerrard gagal mengimbangi corak permainan Swansea.


Bekas pemain Liverpool Jonjo Shelvey sudah pasti menjadi bualan hangat dalam perlawanan ini. Beliau yang telah dijual ke Swansea baru-baru ini telah menjadi duri dalam daging dalam membantutkan penguasaan Liverpool. Beliau adalah racun malah beliau juga madunya. Mencipta 4 assists dalam satu perlawanan sememangnya hebat. Racunnya 2 assists darinya membolehkan beliau menjaringkan gol seawal minit ke-2 serta membantu Michu pula menjaringkan gol. Sementara maduya pula 2 assistsnya memberi ruang kepada Sturridge dan Moses menjaringkan gol bagi pihak Liverpool.


Bolos 2 gol tidak sepatutnya mempersalahkan Mignolet 100%. Jika diikutkan beliau telah bekerja keras untuk mempertahankan gawangnya dari terus dibocori dengan asakan yang bertali arus. Meletakkan Sakho, Wisdom dan Skrtel bergandingan dibahagian pertahanan bukanlah sesuatu keputusan yang baik. Ketiadaan tokoh kepimpinan dibahagian pertahanan seperti Toure dan Agger, membuatkan huru hara jadinya. Skrtel gagal menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin untuk membimbing Wisdom serta Sakho yang seakan bersikap ego seperti yang diperkatakan oleh Commentator. Kegagalan Skrtel membuat blocking dengan kemas membolehkan Jonjo Shelvey menjaringkan gol dan Wisdom pula gagal mengawal pergerakkan Michu dalam terhasilnya gol kedua Swansea. Nampak kelemahan tersebut, pantas BR memasukkan Toure untuk mengantikan Wisdom selepas Swansea menyamakan kedudukan.


Penampilan sulong pemain yang dipinjamkan dari Chelsea Victor Moses sememangnya nampak berkesan. Bermain dibahagian sayap kiri menampakkan kelincahan Moses dan beliau juga telah berjaya menjaringkan gol kedua untuk Liverpool. Malangya beliau kurang menyerlah pada separuh masa kedua dan terpaksa dikeluarkan untuk digantikan dengan Raheem Sterling. Kemasukkan Aspas, Toure dan Sterling masih juga gagal untuk mengimbangi serangan pasukan Swansea.

Secara keseluruhannya, tanpa Agger Liverpool mudah kena robek. Walaupun seri Liverpool masih lagi berada di puncak liga dengan mengumpul 10 mata. Steven Gerrard telah berjaya menyempurnakan tugas sebagai kapten pasukan ke-400. Selain pecah sudah rekod tanpa bolos, Liverpool masih lagi mampu mempertahankan rekod tanpa kalah untuk musim baru ini. Hajat untuk memperolehi kemenangan kali ke-400 Liverpool dalam Barclays Premier League juga terbantut. Apapun BR perlu membuat post mortem untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum bertemu Southamton pada hari Sabtu nanti di Anfield.



Swansea City 2-2 Liverpool Highlights Watch... by teededfootball


LIVERPOOL : Mignolet, Wisdom (Kolo Toure), Skrtel, Sakho, Enrique, Lucas, Gerrard, Henderson, Coutinho (Iago Aspas), Moses (Raheem Sterling), Sturridge

SWANSEA : Vorm, Rangel, Flores, Williams, Davies, Britton, Shelvey, Michu, Dyer (Jonathan de Guzman), Routledge, Bony (Alejandro Pozuelo).



Share this article :

2 comments:

  1. rs nyer ni baru ujian permulaan utk liv

    ReplyDelete
  2. rasanya liverpool nak main mcm 3 game lepas, separuh masa kedua bertahan sampai nak mampos...kalau perasan musim ni pertahanan Liverpool dah mcm pejuang kamikaze... Buktinya gilir gilir amik MC.. kesian dorang... aku kalau wisdom main memang tak kofiden tapi nak buat cam ner GJ injured. tapi aku rasa problem dia tak der presure dari atas yakni penyerang dan pemain tengah nampak penat tak dapat sopport pemain pertahanan...kalau tak mungkin skrip sama bakal terjadi...gol kedua typikal wisdom yang kadang2 main bagus tapi sekali dua kali flop bikin Liverpool merana...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger