Perlawanan yang dilangsungkan di stadium Shah Alam, dua perlawanan telah dilangsungkan dimana perlawanan pertama dimulakan dengan pasukan Selangor Veteran menentang Singapore Veteran serta pilihan Selangor menentng pilihan Singapore. Dianggarkan lebih 50 ribu peminat membanjiri Stadium Shah Alam bagi bersama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan Selangor.
Perlawanan Selangor Veteran dan Singapore Veteran berkesudahan dengan Singapore memenanginya dengan jaringan 1-0. Waalupun perlawanan ini adalah perlawanan untuk mengamit nostalgia silam pemain-pemain vateran, kekalahan ini sedikit sebanyak mengecewakan kita. Nasib baik sebagai hiburan sampingan sahaja, kira masih boleh gelak-gelak ler melihat atuk-atuk bermain.
Pilihan Selangor yang dibarisi oleh Asharuddin Putra Omar, Norazlan Razali, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Adam Griffith, Forkey Doe, S.Kunalan, K.Gurusamy, Mohd Nashriq Baharom, Mohd Fitri Shazwan dan S.Veenod sememangnya telah menunjukkan aksi permainan yang menghiburkan. Kalaulah mereka bermain seperti ini ketika kempen Piala Malaysia lalu, rasanya untuk mencapai misi 33 tu memang tiada bermasalah. Serangan bertubi-tubi dari sukan Selangor sepatutnya boleh menghasilkan lebih dari 3 gol yang terhasil. apapun memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2 sudah memadai untuk Selangor dimahkotakan kejuaraan untuk kali ke-6.
Pautan : LINK 1 | LINK 2
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !