Mertua Dan Tiga Menantu
Written By Unknown on Tuesday, January 12, 2010 | 13:15
Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mertua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertua atau cuma anaknya sahaja.
Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis, "Dari ibu mertuamu".
Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mertua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mertua tercinta. Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Vios TRD dengan sehelai kertas tercatat tulisan, "Dari ibu mertuamu".
Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mertua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Dia berkata, "Rasakan..!! ". Sambil memusingkan perahunya ke daratan.
Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis, "Daripada bapak mertuamu".
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !