Headlines News :
.

Melayu

Written By Unknown on Thursday, January 28, 2010 | 10:35

Kami rakyat Malaysia selaku kaum Melayu memohon keadilan serta menuntut hak dan maruah serta kedaulatan kami di dalam Islam. Dan kami tidak mahu hak dan maruah serta kedaulatan kami dirampas atau hilang di dalam Islam atau diketepikan. Kami kaum Melayu juga mempunyai hak dan maruah serta harga diri dan kedaulatan di dalam Islam, sama ada bangsa, bahasa, budaya dan juga negara. Kami juga memerlukan tempat di dalam Islam sebagaimana kaum Arab dan kaum Nasrani dan juga kaum Israel sebelum ini.



Jika mereka bangsa yang dipilih oleh Tuhan yang diberi Kitab dan diutuskan Rasul kepada mereka, maka kami kaum Melayu juga menuntut hak yang sama serta keadilan di sisi Tuhan di dalam Islam. Jika di tanah Palestin dan di tanah Arab adalah tanah suci, maka kami juga menuntut negeri kami adalah tanah suci. Jika di Palestin dan di Mekah diturunkan Kitab dan diutuskan Rasul, maka kami pun menuntut diturunkan Kitab dan diutuskan Rasul di negeri kami, di kalangan kami dan di dalam bahasa kami sendiri daripada Tuhan.



Kami juga menuntut kepada Tuhan petunjuk jalan yang lurus sebagaimana kaum-kaum sebelum ini yang telah diberi nikmat oleh-Nya. Adakah bangsa Arab dan bangsa Nasrani atau Bani Israel sahaja yang dimuliakan Tuhan atau dipilih-Nya? Kerana sifat Tuhan itu adalah Maha Adil kepada hamba-hamba- Nya. Kami kaum Melayu tidak mahu di anak-tiri-kan di dalam Islam. Kami kaum Melayu juga mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain yang ada di dunia. Kami kaum Melayu tidak mahu menjadi seperti melukut di tepi gantang di dalam Islam; atau bangsa yang tidak laku di dalam Islam. Kami kaum Melayu juga berhak memperjuangkan dan mempertahankan maruah dan harga diri kami serta kedaulatan kami sama ada bahasa, dan juga bangsa serta negara kami di dalam Islam. Kami juga mempunyai kebanggaan di dalam Islam sebagaimana kaum-kaum sebelum ini.



Kami kaum Melayu juga telah sekian lama berjuang dan berkorban terhadap kaum Arab dan bahasa Arab serta budaya Arab dan kedaulatan negara Arab di dalam Islam. Tetapi di manakah hak dan tempat kami kaum Melayu di dalam Islam? Kami kaum Melayu juga tidak mahu dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kami juga tidak mahu ditipu di dalam Islam atau di dalam beragama atau di dalam menyembah dan beribadat kepada Tuhan. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu amat pandai menipu manusia.



Kami bangsa Melayu juga tidak mahu menjadi bangsa yang tidak mengerti bahasa. Yang mana kaum Melayu telah lama hilang hak dan maruah serta harga dirinya dan kedaulatannya di dalam beragama atau di dalam Islam. Jika kaum-kaum sebelum ini dikasihi oleh Tuhan, maka kami kaum Melayu sekarang ini juga berhak dikasihi Tuhan.



Kaum Melayu juga telah lama ditakluk dan dijajah serta diperintah dan dikuasai oleh kaum Arab di dalam Islam atau di dalam beragama dan juga di dalam menyembah serta beribadat kepada Tuhan. Iaitu menjadi hamba sahaya bagi mereka. Kami kaum Melayu mempunyai hak dan kebebasan di dalam beragama dan di dalam Islam. Yang paling malang sekali bagi kami kaum Melayu, sekian lama kami telah berkorban, sama ada diri dan harta serta maruah dan kedaulatan kepada bangsa Arab di dalam Islam dan di dalam beragama serta di dalam menyembah dan beribadat kepada Tuhan; tetapi hasilnya amat mengecewakan, keadaan dan kedudukan bangsa Melayu. Amat menyedihkan sekali jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain itu.



Kebanyakan orang Melayu berada di dalam kesesatan yang nyata dan tidak berada di atas jalan Tuhan yang lurus. Kebanyakannya bukan terdiri daripada orang-orang yang benar. Kebanyakan orang Melayu sekarang ini tidak sempurna akal, atau hilang akal, atau tidak berakal, atau tidak menggunakan akal dan berfikir, atau akalnya dah mati, atau pun kurang akal, atau sempit akal, atau akalnya dah beku, atau hilang pertimbangan dan kawalan serta kewarasan akal. Tuhan itu murka kepada hamba-hamba- Nya yang tidak menggunakan akal dan berfikir. Dan Tuhan tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal. Dan merekalah orang-orang yang sesat. Seburuk-buruk binatang di sisi Tuhan, adalah orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal. Orang-orang yang tidak menggunakan akal adalah orang yang jahil. Dan orang-orang yang jahil itu pula, amat mudah ditipu dan disesatkan oleh syaitan-syaitan.



Walaupun ramai di antara orang-orang Melayu yang alim dan warak serta kuat beribadat, tetapi amat sedikit orang-orang yang benar di antara mereka di sisi Tuhan. Kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta belaka. Kaum Melayu juga tidak ada hak dan kebebasan bagi menggunakan akal dan berfikir atau membuat pilihan serta keputusan atau mengubah nasib di dalam beragama, atau di dalam Islam. Mereka terpaksa ikut dan buat sahaja. Sama ada diterima atau tidak oleh Tuhan, benar atau salah, buruk atau baik, untung atau rugi, berfaedah atau sia-sia tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan. Maka terpulanglah kepada Tuhan. Itu adalah kerja Tuhan. Begitulah alasan mereka di dalam menyembah atau beribadat kepada Tuhan.



Kita umat Muhammad, walaupun banyak dosa sekalipun dan masuk neraka sekali pun, setelah habis dosa itu akhirnya mereka dimasukkan ke dalam syurga. Itulah janji mereka kepada orang Melayu. Kaum Melayu juga dipaksa mengikut Al Quran di dalam bahasa Arab. Walaupun mereka tidak faham sekalipun dan tidak mendapat petunjuk. Tetapi tetap ada pahala bacaannya. Mereka juga dipaksa mengikut Rasul yang berbangsa Arab walaupun tidak diutuskan Tuhan kepada mereka atau di kalangan mereka sekalipun. Mereka terpaksa mengikutinya. Mereka tetap mendapat syafaatnya. Begitulah janji-janji mereka kepada kaum Melayu. Kaum Melayu tidak ada pilihan lain. Mereka terpaksa mengikutinya. Jika tidak mereka akan dipandang sesat serta ditentang dan dimusuhi oleh kaum Melayu itu sendiri.



Kami juga selaku kaum Melayu di negara ini, tidak mahu terikat atau dipaksa mengikuti Undang-Undang Syarak yang diamal dan diguna-pakai dan dikuatkuasakan kepada orang-orang Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi ianya bukannya datang daripada Tuhan serta bercanggah dan bersalah-salahan dengan kehendak dan keputusan serta perintah-Nya kepada manusia. Rujuk Surah Ibrahim, ayat 4, Surah Asy Syu’araa’, 198 – 209, Surah Az Zumar, ayat 71 – 72, Surah An Nisaa’, ayat 13 – 14. Dan Surah Ali Imran Ayat 164.



Firman Allah Surah Ibrahim – Ayat 4.



‘Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’



Surah Asy Syu’araa’ ( Para Penyair ) - Ayat 198-209.



‘Dan kalau Al Quran itu Kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab, lalu ia membacakannya kepada mereka ( orang-orang kafir ); niscaya mereka tidak akan beriman kepadanya.Demikianl ah Kami masukkan Al Quran ke dalam hati orang-orang yang durhaka. Mereka tidak beriman kepadanya, hingga mereka melihat azab yang pedih, maka datanglah azab kepada mereka dengan mendadak, sedang mereka tidak menyadarinya, lalu mereka berkata: “Apakah kami dapat diberi tangguh?” Maka apakah mereka meminta supaya disegerakan azab Kami? Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun, Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka, niscaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya. Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeripun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan; untuk menjadi peringatan. Dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim.’



Firman Allah Surah Az Zumar ( Rombongan-Rombongan ) – Ayat 71 & 72.



‘Orang-Orang Kafir Dibawa Ke Neraka Jahannam Berombong-Rombongan . Sehingga Apabila Mereka Sampai Ke Neraka Itu Dibukakanlah Pintu-Pintunya Dan Berkatalah Kepada Mereka Penjaga-Penjaganya: “Apakah Belum Pernah Datang Kepadamu Rasul-Rasul Di Antaramu Yang Membacakan Kepadamu Ayat-Ayat Tuhanmu Dan Memperingatkan Kepadamu Akan Pertemuan Dengan Hari Ini?” Mereka Menjawab: “Benar Telah Datang”. Tetapi Telah Pasti Berlaku Ketetapan Azab Terhadap Orang-Orang Yang Kafir. Dikatakan Kepada Mereka: “Masukilah Pintu-Pintu Neraka Jahannam Itu, Sedang Kamu Kekal Di Dalamnya” Maka Neraka Jahannam Itulah Seburuk-Buruk Tempat Bagi Orang-Orang Yang Menyombongkan Diri.’



Surah An Nisaa’ ( Wanita ) – Ayat 13 & 14.



‘Hukum-hukum tersebut ) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan rasulNya,niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan rasulNya dan melanggar ketentuan-ketentuan Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.’



Surah Ali ‘Imran ( Keluarga ‘Imran ) – Ayat 164.



‘Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.’
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger