Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di
Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu
rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu
Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar
setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah
Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada
kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya.
Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli
lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan
berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini
berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang
ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita.
Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama
atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia
tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel
ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab
terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab
lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga
lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak
bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ
الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ
خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan
sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah
dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah
ijma'[1]<http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/#_ftn1> di kalangan
ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza
ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau
kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq
r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik
ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah
Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan
seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman,
para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang
mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan
tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib
sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika
turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi
s.a.w.[2]<http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/#_ftn2>
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة
على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam
di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda
Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan
dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram',
cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman
bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas
tergelincirnya matahari pada hari
tersebut.[3]<http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/#_ftn3> Ini
bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh
keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan
kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si
penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat,
manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika
aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah
batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika
itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan
berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh
syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau
terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan
pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan
majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh,
khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali
ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa
sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih
berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan
kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat
untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang
melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib
solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu
mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang
mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap
kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum
mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk
mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan
Home »
13. Agama/Ibadah/Amalan
» Dosa Jual Beli Hari Jumaat.
Dosa Jual Beli Hari Jumaat.
Written By Unknown on Tuesday, January 12, 2010 | 13:26
Labels:
13. Agama/Ibadah/Amalan
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !