Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain. Melalui pemerhatian, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.
Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu?
Iaitu cinta kepada Allah swt Tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.
Bila kita bicara tentang cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”. Kita bicarakan cinta kepada ibu bapa suami/isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Kita bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Kita bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.
Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta? Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt? Suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya. Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih illahi dengan sewajarya. Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadhah bersama-sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.
Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri. Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami itu kerana keimanannya terhadap Allah swt. Bukankah indahnya keluarga jika mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia. Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.
Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga. Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda bercinta denganNya?
..........Cinta Ilahi melebihi segala-galanya.............
Tanpa Cinta
Kita hilang tenaga
Tanpa Cinta
Kita bakal memiliki jiwa yang gersang
tandus kasih sayang
Tanpa Cinta
Kita tiada arah
mencari panduan hidup
Cinta Ilahi.............
Cinta terhadap pemilik alam ini
Cintailah Dia melebihi segala-galanya
Jadilah kita orang yang paling berbahagia di dunia ini
Home »
10. Cerpen/kata2 hikmat
» Cintaku TerhadapMu
Cintaku TerhadapMu
Written By Unknown on Thursday, January 21, 2010 | 00:14
Labels:
10. Cerpen/kata2 hikmat
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !