Headlines News :
.
Home » » Ciri-ciri wanita yang paling baik

Ciri-ciri wanita yang paling baik

Written By Unknown on Saturday, January 23, 2010 | 14:56

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Bil

Wanita

Lelaki

1

Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman

Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri

2

Isteri menyediakan air minuman untuk meredakan kepenatan suami

Suami terhibur dengan layanan isteri, kepenatan menempuh jem sudah terbalas

3

Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib

Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah

4

Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isyaรข€™

Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.

5

Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan

Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri

6

Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi

Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur

7

Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: รข€ล“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Bil

Isteri

Suami

1

Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap

Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat

2

Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam

Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman

3

Isteri asyik menonton tv

Suami juga menonton tv

4

Isteri tidur di hadapan tv

Suami menunggu dilayan isteri di atas katil

5

Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami

Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab

6

Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati..

Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 1/19/2010 02:05:00 AM

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger